Asalamualaikum,
Selamat tahun baru. Hari ini 1 Januari 2012 dimana kita manyambut awal tahun. Semoga apa yang di impikan akan menjadi kenyataan pada tahun ini. Untuk tengahari ni atin ada menyediakan juadah tahun baru dengan membuat Laksa Johor. Laksa nie menjdi kegemaran bagi keluarga kami. Untuk menyedikan menu ini agak cerewet kerana banyak bahan2 yang nak di sediakan. tetapi ia berbaloi kerana rasanya yang sedap. Hanya orang Johor sahaja yang tahu keenakanya. Bagi yg di luar sana cubalaa..anda pasti terpikat..
Laksa Johor
Olahan: D'Art'tien kitchen
Bahan utk kuah laksa
Bahan utk kuah laksa
1 kg ikan tenggiri atau ikan kembung - direbus
1/2 mangkuk minyak
6 sudu rempah kari daging - dibancuh dgn air
2 mangkuk santan
Bahan A
10 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 batang serai -ketuk
4 cm lengkuas
4 biji buah keras
4 cm halia
2 cm kunyit
Bahan B
5 mangkuk air rebusan ikan
1/2 mangkuk kerisik
2 keping asam keping
1 sudu besar garam
1/2 buku gula melaka
2 kuib ikan bilis
Cara menyediakan
Rebus ikan dan ambil isinya, kemudian di kisar dgn air rebusan ikan.
Kisar bahan A hingga halus
Panaskan minyak di dlm periuk lalu tumiskan bahan A hingga terbit minyak,
Masukkan rempah kari daging dan kacau rata hingga sedikit garing. Kemudian masukkan bahan B.
Setelah itu masukkan isi ikan dan air rebusan ikan. Akhir sekali masukkan santan dan masak hingga kuah mendidih dan pekat.
Bahan-bahan yang dimakan bersama-sama kuah laksa.
Spagetti - rebus dengan sedikit minyak
Taugeh - buang ekor
Timun - hiris halus
Daun kesum - cincang halus
Bunga kantan - cincang halus
Bawang besar - hiris bulat atau separuh bulat atau ikut suka
Limau kasturi