Kek coklat kukus chef zubaidah. Rata2 ramai bloger2 yg dah mencuba resepi kek nie termasukla atin sendiri. Kek nie mmg moist sekali. Amat sesuai utk di buat jamuan atau makan2 sendiri. Kek nie atin dapt dari salah satu blogger yang biase atin ikuti perkembangannya iaitu kak Ummi Kuantan. Bolehla jenguk Cini utk resepi asal yea...
Sebenarnya atin buat kek nie utk anak atin bawak ke sekolah untuk diberikan kepada kawan2nya sempena besday dia yg ke 12 thn. Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki.
Sayang anak ibu...
KEK COKLAT KUKUS CHEF ZUBAIDAH
Sumber: AlongRoz @ MyR @ Ummie@homesweethome
(loyang 8"/9" bulat) - akak guna loyang 8"x8"~ atin masukkan dlm cawan plastik kecil sahaja.
100 gram serbuk koko *
250 gram gula kastor* (akak letak 230 gm je)
1 tin susu isian cair*
200 gram minyak masak sayuran*
250g susu pekat*(akak letak 230 gm je)
4 biji telur - dipukul sehingga berbuih (akak whisk je)
150 gram tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Cara-Caranya:-
Campurkan kesemua bahan bertanda (*) dn masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
Satukan dengan telur yg di pukul tadi dgn mixer. (akak guna whisker jek). Atin pun..
Gaulkan bahan-bahan kering dan campurkan sedikit-sedikit sehingga sebati.
Masukkan ke dalam tin yg dilapik dan diminyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.(*akak bakar d alam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 minit or ikut oven masing2 yea..) atin kukus jerkkk...
Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan ganache sbgi topping. pastu atin tabur ngan manik2. Nampak menarik gituu..
Bahan2 Simple Chocolate Ganache:
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 sb butter/margerin/minyak masak
*kacau semua bahan atas api kecil hingga likat dan larut sepenuhnya.