Selamat malam semua.
Malam nie atin nak update lagi pic2 yang lama dalam simpanan. Kali nie N3 pasal kuih keria plk. Yang nie atin tgk dari blog Kak Alita masam manis yang terkenal tu. Atin memang suka dengan hasil kerja tangan dia. Kak Azlita nie mmg kreatif orangnya. Sudah menjadi kemestian setiap pagi bukak jer tenet mesti bukak blog Masam Manis dulu. Memang best dan senang untuk di buat rujukan. Marila kita tgk resepinyer.
KUIH KERIA
Olahan: D'Art'tien Kitchen
250 gm keledek putih atau oren
1 sudu besar tepung ubi
80 gm tepung gandum (Atin guna 100gm)
1/2 sudu teh garam
Untuk Menyalut Keria
80 gm gula pasir
3 sudu besar air
Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas
Masukkan garam, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan
Timbang doh seberat 40 gm setiap satu. Bulatkan dan leperkanBentukkan lubang bulat di tengah
Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasam. Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk.
Untuk menyalut keria
Sediakan kualimasukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat.
Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali. Segera tutupkan api.
Terus mengacau hingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih.
Di hidangkan segera* jika menggunakan keledek oren, tambahkan sedikit sukatan tepung kerana keledek oren sangat lembut.
Kuih nie sebelum di sira lagi. Nampak cam mengelembung jerkk...tak cantik kannn..
0 Responses
Subscribe to:
Post Comments (Atom)