Apa kabar buat semua, di harap hari ini semuanya berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Bagi Atin setakat ini alhamdulillah sihat. Masih lagi boleh bersiaran walaupun tidak kerap mengupdate N3. So...hari ini ada masa terluang untuk update blog dengan paparam menu Kek Pisang coklat rice. Kek nie dah lama buat cuma tak der kesempatan nak N3 jerr..
Kek nie memang moist dengan rasa coklat ricenyer membuatkan anak2 suka sangat. Sampaikan makan berulang-ulang. Resepi nie atin dapat dari Kak Azlita & juga Kak Ummie. Izinkan Atin share kat cini plk yeaa..Ermmm....jomla kita layan resepinyer.
Banana Chocolate Rice Cake.
Sumber: Azlita@masammanis
Olahan: D'Art'tien Kitchen
Bahan-bahan:
Bahan A
Bahan A
150 gm marjerin atau butter
150 gm gula kastor
3 biji telor
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum yang dilecek
1/2 sudu teh esen pisang ~ ita tambah (Atin pun)
Bahan B
200 gm tepung berprotein rendah , tepung kek atau tepung naik sendiri
30 gm chocolate rice ~ ita lebihkan 50 gm
1/4 sudu teh soda bikarbonat
Hiasan
2 biji pisang ~ dipotong nipis bulat ~ yg ni ita tak letak (Atin pun)
1/4 cawan hirisan badam ~ kak ummi tambah~ ita guna kacang pistchio anda boleh guna juga apa kekacang yg di sukai. (Atin tabur dgn badam cincang jerr)
1/4 cawan hirisan badam ~ kak ummi tambah~ ita guna kacang pistchio anda boleh guna juga apa kekacang yg di sukai. (Atin tabur dgn badam cincang jerr)
Letak bahan kekacang membuatkan kek ni lagi sedap dan rangup bila di gigit.
Cara-cara:
Panaskan oven pada suhu 170 CSediakan loyang 8 X 3 X 3 incAlas baking papaer dan griskan dengan butterPukul marjerin atau mentega dan gula hingga nampak keputihan.
Cara-cara:
Panaskan oven pada suhu 170 CSediakan loyang 8 X 3 X 3 incAlas baking papaer dan griskan dengan butterPukul marjerin atau mentega dan gula hingga nampak keputihan.
Masukkan telor satu per satu ~ pastikan pukul telor hingga bercampur rata, baru dimasukkan yang berikutnya dan pukul hingga sebati.
Secara berselang seli, masukkan tepung (tepung dan soda ni campur dan ayak) dan susu, adun rata.
Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula.
Masukkan coklat cip dan gaul rataTuangkan ke dalam loyang saiz 8x3x3 inci yang telah digris dan dialas (kak ummi guna mangkuk Pyrex jek, so just gris mentega saja, x perlu alas)
Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya. ~ yg ni ita tak letak. (Atin pun)
Taburkan kekacang di atas kek.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 40 minit/hingga masak.
Selamat mencuba..
Selamat mencuba..