Assalammualaikum wbt dan selamat malam semua, hari ini atin buat laksa penang utk mkm malam., fuhhh memang sedaplah walaupun baru 1st time buat, hehehe...klu nak di bandingkan dgn laksa johor, pembuatannya agak rumit.....
Resepi boleh rujuk di bawah ni ye.
Laksa Penang
Bahan-bahanya
8-10 tangkai cili kering
8-10 tangkai cili kering
1/2 biji bawang besarsedikit belacan
6 ekor ikan kembung atau ikan selayang
1/2 bungkus laksa kering- direndam, direbus & toskan sedikit daun kesum
1 kuntum bunga kantan
3 keping asam gelugor
Bahan Sampingan
timun
salad
limau nipis atau limau kasturi
telur rebus
nenas
hirisan bawang besar
cili padi
caranye:
1. Rebus cili kering dan kemudian kisar bersama bawang besar dan belacan.
2. Rebus ikan kembung dan kemudian asingkan isi ikan dan tulang, air rebusan ikan tadi jangan dibuang. tulang ikan tadi dikisar dengan sedikit air, tapis dan curahkan dalam air rebusan ikan.
3. Isi ikan separuh diblender halus dan separuh lagi dimasukkan kembali dalam air rebusan ikan tadi, curah bahan kisar, asam keping dan bunga kantan, biarkan mendidih seketika, selepas itu masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa, masukkan garam.

4. Masak kuah laksa biar sampai keluar minyak baru tutup api.
5. Rebus laksa kering dan telur serta sediakan bahan sampingan yang lain. racik timun, salad, nenas, bawang besar dan cili padi. letakkan mee laksa di dalam bekas dan susun bahan ulam-ulaman tadi kemudian curahkan kuah laksa. Sedia untuk dihidangkan.