Selamat malam,
Selamat tahun baru untuk semua semoga tahun baru ni lebih bererti dan penuh kegembiraan. Apa yang berlalu jadikan pengalam dan pengajaran serta tingkatkan azam agar lebih kuat dan yakin Tuhan sentiasa bersama kita..
Okeyla..kita sambung dgn N3 mlm nie Kek Kukus Alwani yang atin buat petang tadi untuk makan-makan. Lapisan tu kurang menarik cikit coz disebabkan tersalah agak. Ingatkan dah keras baru tuang lapisan yang seterusnya. Rupanya bila tuang adunan yang bawah tadi masih lembut. So.. tu yg kek tu tak rata lapisan dia.
Kek Kukus Alwani
Sumber: Dapurku Sayang
Olahan: D'Art'tien Kitchen
Bahan-bahan:
1 cwn tepung gandum
1/3 cwn horlicks (original)
5 biji telur grade A
1/2 cwn gula halus
200 gm majerin/mentega
1/3 cwn susu pekat manis
1/3 cwn kismis hitam
1 sdt esen vanilla
Pewarna merah, hijau dan purple
Cara-cara:
Sediakan pengukus. panaskan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Griskan dengan mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Gaulkan kismis bersama sedikit tepung(1 sudu makan). Ketepikan.
Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yg agak besar. ketepikan seketika
Pukul mentega dgn ula hngga kembang dan putih.
Masukkan telur satu persatu sambil di putar.
Masukkan susu pekat dan putar lagi.
Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
Masukkan esen vanillla. ratakan
Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan dgn warna merah, hijau dan purple.
Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya
Kemudian tutupla loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukusla selama 7 minit.
Ulangi melapis dengan warna yang seterusnya. Tabur dgn kismis & kukus lagi 15 minit sebelum melapis utk lapisan yang terakhir.
Akhir sekali tuangkan lapisan purple dan taburkan kismis. Kukus lama cikit dalam 1 jam sehingga ia masak.
*Kek ni bersaiz kecil sahaja. gandakan jika nak buat yang saiz besar.