Nie sambungan N3 tadi. Nak update menu Nasi Beriani Madu pulak.
Perut dah berbunyi2 menandakan perut dah lapar. Tapi apa pun atin nak sharekan dulu resepi nie sebelum menjamu selera dgn anak2.
Resepi nie atin ambik dari Che Mat Gebu iaitu Nasi beriani udang bermadu. tetapi memandangkan udang tak der stok dalam peti ais, jadila nasi beriani madu jerr. Pastu olah cikit dgn benda2 yang ade stok jerr. Kalau nak skodeng resepi Che Mat Gebu bolehla tgk cini..
Nasi Beriani Madu
Nasi Beriani Madu
Olahan: D'Art'tien Kitchen
Bahan-bahan:
500 gm beras basmathi,rendam 30 minit dan toskan
750 ml air
200 ml susu sejat IDEAL
2 helai daun pandan ~ di simpul
1 camca besar bawang goreng
1 camca besar penuh rempah beriani*
3 camca besar air * (*bancuh menjadi pes)
3 camca besar air * (*bancuh menjadi pes)
1 camca besar madu
Garam secukup rasa
2 camca besar minyak sapi
2 camca besar minyak sapi
Gajus ~ goreng
Sedikit kismis kuning
Rempah 4 sekawan secukupnya
Bahan Kisar halus
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara membuatnya:
-Panaskan minyak sapi, masukkan rempah tumis dan tumis hingga harum.
-Masukkan bahan kisar dan tumis lagi, tambahkan bancuhan rempah beriani.
-Tumis hingga terbit mnyak. Masukkan 1 helai daun pandan dan beras. Gaul rata dan goreng beras tadi sekejap.
-Masukkan beras tadi ke dlm rice cooker. Masukkan baki daun pandan, susu sejat, air dan bawang goreng. Tambahkan garam secukup rasa dan madu. Gaulkan rata dan masak hingga nasi kering.
-Bila sudah kering gemburkan nasi dengan chop stik dgn berhati-hati agar nasi tidak patah.
-Masukkan kismis dan tutup semula periuk nasi.
-Bila sudah masak taburkan gajus goreng, bawang goreng dan hirisan daun sup jika suka. Bolehla di hidangkan.