Asalamualaikum semua
Terima kasih pada yang sudi menjenguk blog D'Art'tien Kitchen. Hari nie nk update lg n3 masak2. Semalam dok selongkar dapur sue-hasue.blogspot.com terjumpa resepi cup cake nie. Tergerak plk nak mencubanya. Minta izin yea nak kopipes kat blog atin pulak.
Bahan:
100 gm serbuk koko *
180 g gula pasir *
1 tin susu sejat *
200 g minyak masak sayuran *
250 g susu pekat *
4 biji telur - pukul sehingga berbuih
150 g tepung gandum
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder
Papercup/kertas cawan secukupnya
Cara:
1. Campurkan bahan bertanda * dan masak dgn api yg perlahan sehinggalah licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai mengelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dgn hand whisk. Setelah sebati, tapis adunan kek untuk mendapatkan tekstur kek yg halus dan benar2 sebati.
3. Masukkan adunan separas 2/3 ke acuan cawan. Memandangkan adunan agak cair, adalah mudah untuk menuang adunan menggunakan jug ke dlm paper cup.
4. Bakar selama 20 minit. Atin menggunakan kepanasan 185C bergantung pada oven masing2.
5. Sejukkan dahulu sebelum di hidangkan dgn buttercream atau hiasan pilihan. Enak juga di makan begitu sahaja. Disini Atin taburkan badan cincang sebagai hiasan. Selamat mencuba.