Assalamualaikum,
Selamat tengahari dan selamat berhujung minggu. Sekarang nie kita berada di minggu ke 2 dlm bulan Disember. Nampaknya hanya tinggal beberapa minggu lagi untuk naik sekolah. Semalam dok p shopping cari barang2 sekolah anak. Dah nampak ramai dan sibuk di pasaraya orang membeli belah.
Sajer nak update blog nie dgn N3 sayur Petola campur udang yg semalam atin masak. Masakan nie ringkas sajer di sebabkan dh lewat semalam nak masak coz dek kepenatan bershopping.
Jomla layan resepi.
Sayur Petola Campur Udang
Olahan: Art'tien
Olahan: Art'tien
Bahan
1 btg sayur petola
Secekak suhuun
Cendawan tiram- rendam
5 btg kacang sepat
Sedikit lobak merah-hiris halus memanjang
5 ekor Udang
5 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 st lada hitam - tumbuk kasar
1 st lada hitam - tumbuk kasar
1/2 kiub ayam
Air secukupnya
2 sudu besar air tepung jagung
Garam secukup rasa
Garam secukup rasa
Caranya:
Siang udang dengan membuang kepala dan ekornya. Sementara itu rendamkan cendawan.
Tumiskan bahan kisar hingga garing dan naik baunya. Masukkan air & kiub ayam.
Apabila sudah mendidih masukan cendawan, suhun, sayuran dan udang.
Didikan lagi & masukkan tepung jagung utk melikatkan kuah. Perasakan dengan garam.
Bolehla di hidangkan. Jika suka taburkan sedikit daun bawang & juga daun sup.
Errmmmm..selera jerr klu tgh laporr..hehehe..