Assalamualaikum & selamat petang.
Bertemu kembali pada hari ini. Untuk sajian petang ini atin ada menyediakan juadah makan petang Roti sardin bersalut Bread Crumb untuk anak-anak. Menu nie simple saje. Sesiapa pun boleh menyediakannya.
Olahan: D'Art'tien Kitchen
Bahan-bahan:
8-10 keping roti gardenia
1 tin kecil sardin
2 ulas bawang putih -hiris halus
7 ulas bawang kecil- hiris halus
Sedikit halia - hiris halus
3 biji telur
Bread Crumb secukupnya
garam secukup rasa.
Cara-caranya:
- Sardin di hancurkan terlebih dahulu.
- Tumiskan bawang kecil, bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian masukkan sardin yang telaah di hancurkan tadi. Goreng hingga garing dan perasakan dengan garam.
- Pukul telur di dalam mangkuk yang berasingan.
- Leperkan roti dengan kayu penggelek agar minyak tidak terlalu menyerap pada roti semasa menggorengnya.
- Letakkan sesudu sardin dan lipatkan roti berbentu seitiga. Tekan hujung cantuman roti dengan garfu agar ia melekat.
- Celupkan roti ke dalam telur dan golekkan ke atas bread crumb atau serbuk roti. Goreng dengan api yg sederhana.
- Bolehla di hidangkan.
Selamat mencuba.