skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home

D' Art'tien Kitchen

Citarasa masakan dari pelbagai resepi yang tiada sempadan..

Nasi Lemak Halba Dengan Ikan Goreng Selar Kuning

Monday, March 19, 2012 | Publish by Art'tien

Salam semua,

Dah lama sangat tidak bersiaran. Malam nie cuma nak update N3 ringkas. Sekadar nak jamu mata tentang menu makan malam nie iaitu Nasi lemak halba dimakan bersama ikan goreng selar kuning. Akibat malas nak masak yg bukan2..so ini jer la hidangan utk anak2 malam nie..

Jom layan jer gambar di atas. (Huhu.mood berblog masih slow lagi)
Layanzzz......

Labels: Nasi 0 comments

Kek Rainbow

Monday, March 19, 2012 | Publish by Art'tien


Salam semua.


Kali ni nak update N3 kek lapis rainbow plk. Tengah musim kek nie, jadi Atin pun ada mencubanya bagi memenuhi permintaan anak2. Kek nie nampak menarik sangat. Jom kita tengok resepinya.


RAINBOW CAKE



Rujukan : Azlita@masammanis


Bahan-bahan:

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam

1 cwn butter ~ suhu bilik

2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis

5 biji putih telor ~ suhu bilik

2 sdk esen vanila

1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik

pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau


Cara-cara:

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyangSapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter

Panaskan oven pada suhu 170CAyakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .

Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan

Masukkan esen vanila Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik


*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung


Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar


Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata. Masukkan dalam loyang & bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C . Letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.


Bila dah masak letak atas redai. Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan. Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan. Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain. Bila kek dah sejuk potong lapisan atas kek yang keras supaya bila kita susun kek nampak rata dan sekata.


FRESH CREAM FROSTING

By: Wilton

Rujukan : Kak Cek


2 cawan Non Dairy Whip Topping ~ pastikan dari peti ais

1/2 cawan gula icing

1 sudu kecil esen vanila

Menggunakan Stand @ hand mixer....whisker....pukul whip topping sehingga agak kental...Masukkan gula icing ...vanila esen dan pukul lagi hingga frosting fresh cream betul2 'stiff 'Siap dah ...boleh gunakan utk deco cupcake tadi...Decoration ikut citarasa memasing ya...uk blog


Kalau nak topping yang lain boleh jenguk di blog masam manis yea..malas plk nak menaipnyerr...hehe..

Hasil decoration yang memuas hatikan diri sendiri. huhu..puji sendirila laa.....


Selapis dok selapis kek di bakar. Jenuh jugak yea wat kek nie..


Proses melapis di lakukan. Keras jerk tangan nie nak melepa dgn fesh cream tu.


Dah kena nggaaappppp dahh!!!

Labels: Kek 0 comments

Red Velvet Cake

Thursday, March 08, 2012 | Publish by Art'tien

Salam semua,
Sekarang demam dengan resepi Kek Red Velvet atau nama melayunya kek baldu merah. Huhuhu..dengar nama pun dasyat. Mesti sedapkan. Hati pun berkobar2 nak mencuba resepi nie. Dengan tak der skill bab mendeco-deco nie, di gagahi jugak untuk membuatnya. Kalau tengok pun kek tu nampak comot. tapi tak perla..untuk melepaskan hajat buat kek sendiri utk besday anak yang sulung. Maka terhasillaa..kek baldu merah.
Red Velvet Cake

Olahan: D'Art'tien Kitchen

Sumber : Internet


Bahan2nya:

2 1/2 cup ( 250gm )

1/2 sudu teh garam
2 sudu besar (15gm) serbuk koko
1/2 cup (113gm) unsalted butter
2 1/2 cup (300gm) gula --- kurangkan jika tak suka manis.
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cup ( 240ml) buttermilk
2 sudu besar pewarna merah

1 sudu teh cuka @ white distilled vinegar
1 sudu teh baking soda


Cara Buat Buttermilk
240 ml susu segar pada suhu bilik

1 sudu besar cuka @ lemon juice.. campurkan & biarkan selama 5-10 minit.

Cara untuk frosting pula..

Kat cini ada 3 version untuk di pilih.Boleh ikut yang mana ok?


Cream cheese frosting:
RESEPI 1 ( Atin ikut resepi yang ini)
250gm cream cheese
30gm butter
1 sudu besar perahan lemon @ lime
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar susu segar
100gm gula ising

RESEPI 2
227gm cream cheese (suhu bilik)
227gm mascarpone cheese ( suhu bilik)--- cheese ni sangat susah dicari, kalau ada pun harganya sangatlah mahal.. ni sangat femes dekat Itali.

1 cup (115gm) gula ising (powdered)
1 1/2 cup (360ml) cold heavy whipping cream (double cream)


RESEPI 3
250gm cream cheese
1 cup (115gm) gula ising
1 1/2 cup butter


Cara2nya:


preheat oven: 175 c
1) ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.
2) campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink
3) dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. Masukkan vanilla esen, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas satu biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi.
4) Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan tepung, mix.. kemudian masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.

5) Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok! kemudian terus masukkan dalam loyang @ springform loyang ye. Terus bakar selama 25-30 minit.
6) bila kek dah siap bake, sejukkan dalam peti ais beberapa jam.. Supaya senang nak dibelah nanti, sebab lepas masak ni, kek agak fragile. Takot terkoyak ke pulakan. huhu.
7) Kemudian terpulanglah nak belah 2 @ 3 @ 4..atin belah jadi 2 lapis je (maklumla 1st. Setiap lapis tu sapukan cream cheese frosting ye. Kemudian dah siap sejukkan lagi dalam peti ais sehari semalam boleh, beberapa jam pun boleh. Bolehlah makan!hee.


ok untuk cream cheese frosting pula,


1) gunakan electric mixer, mix cream cheese sampai creamy. Masukkan bahan-bahan lain.. butter + perahan limau + esen vanilla + susu segar + gula ising.

Dah jadii....


Untuk menonton video bolehla refer cini.
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=9gDez9HmRmM#t=40s

Labels: Kek 0 comments

Kek Batik Arora

Thursday, March 08, 2012 | Publish by Art'tien

Salam.
Dah lama tak update blogkan... Sejak kebelakangan nie sik membaking kek jerr..Maklumla semua resepi nak dicuba. Kek nie skrg tgh fameos. Mana2 blog pun ade kek nie. cari jerla kat tenet, mesti jumpa resepi dia. Jadi hasil sekodeng mana2 blog maka terjadilah kek batik arora nie. Rasa kek nie sangatla sedap. Lembut walaupun dah 2~3 ari duk peti ais. mmg puas hatila. Rugi klu tak cuba. Sesuai sgt utk di buat makan2 petang. Untuk resepi boleh refer di bawah.

Kek Batik Arora

Olahan : D'Art'tien Kitchen

Sumber : Internet (taip jer kat google Kek Batik Arora)


Bahan2nya:
250 g mentega

100 gram gula castor

1/2 cawan susu pekat manis

250 g tepung gandum

6 biji telur

2 sudu teh baking powder

5 jenis pewarna dan perisa (Atin guna 4 jenis saja)


Cara2nya:
Pukul mentega & gula sampai kembang & memutih.

Masukkan susu pekat manis, pukul sebati.

Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.

Ayak tepung + baking powder. Masukkan kedalam adunan & pukul lagi sampai adunan sebati.
Bahagikan adunan kpd 5 bhgn. Warnakan dan perisakan ikut kesukaan.

Sediakan loyang & tompok2an setiap warna dlm loyang sampai habis(setiap tompok 1 senduk). Pastu lorekkan jika suka.
Bakar pd suhu 160-180 darjah celsius selama 45 mnt – 1 jam(api bawah sahaja)

Labels: Kek 0 comments
« Newer Posts Older Posts »
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Plagiarism Checker

Copyright by D'Art'tien Kitchen. Powered by Blogger.

About

Introduction

Koleksi resepi dari pelbagai sumber telah diadaptasikan sebagai bidang hobi untuk mencuba sesuatu yang baru.

Waktu


About Me

My photo
Art'tien
JB, Johor, Malaysia
Seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata. Suka mencuba resepi & memasak di waktu kelapangan.
View my complete profile

Followers

Cari Resepi

Popular Posts

  • Talam Pandan
  • Kek Coklat Kukus II ~Chef Zubaidah
  • Talam Kastard Jagung

Recent Posts

Geng Dapur

  • Simply Home Kitchen
  • After 6 am
  • Easybakes
  • Dapur Tanpa Sempadan
  • Simply Home Kitchen
  • Sepanjang Jalan Kenangan
  • Izah Muffin Lover
  • Potret Kasih
  • Home Sweet Home
  • My Little Kitchen
  • Sinar Kehidupanku
  • Singgahsana Kitchen
  • Dapurku Sayang
  • Masam Manis

Kongsi Resepi


Jejak Pengunjung

HTML Hit Counter Free Hit Counters

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  April (1)
  • ▼  2012 (30)
    • ►  April (1)
    • ▼  March (4)
      • Nasi Lemak Halba Dengan Ikan Goreng Selar Kuning
      • Kek Rainbow
      • Red Velvet Cake
      • Kek Batik Arora
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2011 (32)
    • ►  December (17)
    • ►  November (9)
    • ►  September (1)
    • ►  August (5)

Labels

  • Annual Dinner (1)
  • Apam (3)
  • Awards (1)
  • Ayam (2)
  • Cookies (2)
  • Coretan (1)
  • Daging (1)
  • Ikan (4)
  • Juadah puasa (2)
  • Kek (13)
  • Kerabu (1)
  • Kitchen Tool (2)
  • Kuih (4)
  • Kuih Lapis (3)
  • Kuih Talam (7)
  • Lain-lain (1)
  • Laksa (2)
  • Mee (3)
  • Muffin (1)
  • Nasi (2)
  • Pencuci Mulut (2)
  • Puding (2)
  • Rojak (1)
  • Roti (2)
  • Sayur (1)
  • Urap (1)

Musica
















Comment on this video! More videos at Tubely

Facebook Badge

Aart' Tien

Create Your Badge

Ucapan




Make a Lady Bug Note at BlingPixie.com

Aneka Talam

Aneka Talam


Copyright (c) 2010 D' Art'tien Kitchen. Design by Template Lite
Download Blogger Templates And Directory Submission.