skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home

D' Art'tien Kitchen

Citarasa masakan dari pelbagai resepi yang tiada sempadan..

Roti Jala Pandan

Sunday, January 22, 2012 | Publish by Art'tien

Assalamualaikum,
Haii...nak sambung N3 tadi. Menu roti jala pandan. Selongkar peti ais nampak ada ayam cikit. Apa kata buat Kari ayam... Tekak pulak teringin nak makan roti jala. So..Atin pun minta cadangan anak2. Diorang kata okey jerr..nak2 anak yg sulung mmg suka sgt makan roti jala nie. Kali nie atin buat yg lain sedikit iaitu berperisa pandan..
Apa lagi jomla menjala..hahahaha....

Roti Jala Pandan
Olahan: Atin@D'Art'tienKitchen

Bahan:
750-850 ml air
410 ml susu cair
600 gm tepung gandum
2 biji telur
3-4 sudu makan minyak
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau & perisa pandan

Cara-caranya:
Ayak tepung. masukkan ke dalam mangkuk besar dan masukkan garam.
Tuangkan air dan gaulkan hingga tidak bergentel.
Masukkan bancuhan tepung , telur, susu cair dan perwarna pandan ke dalam pengisar makanan. Blendkan semua bahan biar cepat halus.
Panaskan kuali leper dan tuangkan dgn minyak sedikit.
Tuangkan adunan roti jala menggunakan acuan bercorong utk membentuk roti jala.
Masak 2-3 minit, bila sudah lekang dari kuali lipat 2 dan angkat..
Boleh juga angkat dahulu dan gulung seperti kuih dadar.

Nota: Jika adunan keluar tidak lancar, tambahkan sedikit air dalam adunan dan kacau adunan semula.

Labels: Kuih 0 comments

Kek Marble Susu

Sunday, January 22, 2012 | Publish by Art'tien

Assalamualaikum semua.
Berjumpa semula di alam maya nie. Hanya inila salah satu caranya untuk meluahkan perasaan tentang hasil air tangan yang tak seberapa di alam maya ini. Hari nie tergerak nak buat kek untuk menu petang. Rini dah mula cuti sempena hari raya cina esok. Jenjiran pun ada yg dah mula balik kg. Hari nie Atin tidak kemana2. Plan sok baru nak balik kampung di Muar. So ...ptg nie Atin buat dua jenis menu utk makan petang iaitu Kek marble susu dan roti jala pandan.
Untuk kek marble susu nie Atin rujuk dari kak Yatiememories. Tekstur kek nie tak berapa nak menjadi di sebabkan dek tertinggal letak susu cair dan teradjust suhu lebih sangat, sebab tu kat bahagian atas dia hangus cikit. Hahaha...tak perla...first time mencuba. Apa pun kek nie memang sedappp...jimat belanja klu beli kat kedai. Jom semak semula resepi kak yatie.
Izinkan Atin kopipes disini pulak yea.


Kek Marble Susu

Sumber: Yatie@SinarKehidupan

Olahan: Atin@D'Art'tienKitchen


Bahan:

250 gm mentega ( nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)

230 gm gula halus

2 camca teh ovellete

4 biji telur gred A

270 gm tepung halus*

1 camca teh baking powder* (disatukan & diayak)

60 gm susu pekat manis

2 camca besar serbuk koko

2 camca besar susu cair

1 camca teh coklat emulco


Cara membuatnya:

Pukul mentega, ovellete dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.

Masukkan susu pekat dan gaul rata.

Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata.

Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang sama banyak.

Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campurkan dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.

Tuangkan secara berselang seli antara adunan tanpa berwarna dan adunan coklat dalam tin yg telah di leser dengan mentega dan dasarnya di alas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick. (huhu..bab nie atin punya corak tak menjadi sgt)

Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 175C selama 30-35 minit. Saya bakar 45 minit, bergantung oven masing2.

Sejukan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka.

Labels: Kek 0 comments

Pengat Pisang Candil

Sunday, January 15, 2012 | Publish by Art'tien

Assalamuailaikum,
Selamat petang semua. Petang nie terasa boring coz x pegi memana. Atas desakan anak yg kedua (Risya) agar membuat pencuci mulut jer petang2 nie. Anak Atin yg no 2 nie mmg suka bab makan yg manis2. Atin pun tak tau nak buat aper. Nak buat kek malas pulak. Risya nie pun bagi idea agar membuat pengat pisang. Sebenarnya pisang mmg banyak. Mggu lps Mak mertua bagi pisang satu tandan. Dah bagi kat jenjiran pun masih ada lg.
Memandangkan dah dia mendesak jer dr aritu so kenala buat. Pisang yang digunakan adalah pisang asam manis. Apa lagi belasah jerla. Pastu teringat nak letak pulut sekali biar nampak meriah cikit. Maka terjadila pengat pisang candil. Huhuhu....sedap jugak rasanya..
Jom semak resepi.

Pengat Pisang Candil
Olahan: Atin@D'Art'tienKitchen

Bahan-bahan:
8 biji pisang asam manis ~ klu guna pisang tanduk lg sedap
1/2 cwn sagu biji
1 btg gula melaka
Sedikit gula jika mahukan manis
1 cwn tepung pulut
1 helai daun pandan ~ simpul
Pewarna pink
Secubit garam
2 cwn air
Sedikit air ~ utk menguli tepung pulut

Cara membuat pulut candil
Uli tepung dgn air dan masukkan secubit garam.
Letakkan sedikit pewarna dan uli hingga sebati.
Bentukkan bulat sebesar ibu jari dan masukkan kedlm air mendidih.
Masak pulut hingga ia timbul barula diangkat. Ketepikan.

Cara menyediakan pengat pisang
Masukkan air ke dalam periuk.
Masukkan gula melaka yg telah di hiris kecil.
Masukkan daun panda & sagu biji. Biarkan ia mendidih dan kembang sagu tu.
Masukkan pisang yang telah di hiris kecil2. Biarkan mendidih lagi.
Baru masukkan pulut candil yg telah di rebus tadi.
Perasakan manisnya. Jika ok tutup api dan bolehla di hidang.

Labels: Pencuci Mulut 0 comments

Ayam Lada Hitam

Sunday, January 15, 2012 | Publish by Art'tien

Selamat tengahari semua.
Nie N3 ke tiga pada hari nie. Ayam lada hitam menu mkan tengahari nie bersama nasi putih.
Idea tgh kering nie nak mengarang N3. Jomla layan resepi...
Ayam Lada Hitam
Sumber: Singahsana Kitchen
Olahan: D'Art'tien Kitchen

bahan-bahan:
1 ekor ayam
21/2 sudu makan lada hitam, tumbuk kasar
garam secukup rasa
~Bahan di atas digau rata dan perap selma 1/2 jam~

4 sudu makan kerisik putih
1 sudu makan lada serbuk ~ (Atin guna lada kisar jerr)
11/2 sudu teh serbuk jintan halus
11/2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk kunyit
3 biji bawang besar, hiris halus
3 biji tomato ~ didadu
4 rempah sekawan
3 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
1 pelepah daun ketumbar (Atin x letk)
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula
1 cawan minyak
agi 2 sudu makan lada itam ~ tumbuk kasar

Cara-caranya:
Panasakan minyak di dlm kuali dan goreng ayam hinga 3/4 masak. Angkat & ketepikan.
Kurangkan sedikit minyak ayam tadi dan gorengkan hirisan bawang, rempah sekawan hgga naik aromanya.
Masukkan pes halia, bawang putih dan tomato. masak selama 5 minit.
Selepas itu masukkan lada serbuk, kerisik, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, kunyit dan garam.
Tuangkan 1/2 cawan air.
Masukkan kepingan ayam goreg dan masak selama 5 minit lagi.
Taburkan gula. lada hitam, hirisan dauan ketumbar dan renihkan selama 5 minit.

Nota: Atin letak kentang goreng dan hirisan lada hijau dan merah.

Labels: Ayam 0 comments

Bubur Kacang Hijau Durian

Sunday, January 15, 2012 | Publish by Art'tien

Salam semua,
N3 kali nie ialah bubur kacang hijau durian. Kacang hijau nie lebih masa buat talam kacang hijau tadi. Sebenarnya mmg sengaja rendam banyak cikit coz nak perabiskan durian yg ada kat dapur tu. Jadi alang2 dah buat talam kacang hijau tu buat sekali bubur kacang hijau. Senang ceritanya 2 dlm 1. hehehe..
Jom semak resepi..


Bahan-bahan:
2 cwn kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
1/2 ketul gula melaka, hiris kecil*
1/3 cwn gula pasir*
1 helai pandan*
2 cwn air* (disatukan dan masak hingga gula larut & tapiskan)
1 helai daun pandan ~disimpul
7~8 ulas isi durian
Secubit garam
1 liter santan
Air tambahan jika perlu.

Cara membuatnya:
Rebus kacang hijau hingga kembang, kemudian masukkan air gula, daun pandan dan durian.
Masak hingga mendidih. Tambahkan santan dan secubit garam.
Rasakan dan jika kurang manis tambahkan sedikit gula.
Jika pekat sangat tambahkan sedikit air. kepekatan agak-agak la yea...
Hidangkan samada sejuk atau panas.
Bolehla dimakan bersama roti jika suka.

Selamat mencuba..

Labels: Pencuci Mulut 0 comments

Talam Kacang Hijau

Sunday, January 15, 2012 | Publish by Art'tien

Assalamualaikum,
Selamat pagi semua. Nampaknya cuaca pagi ni di JB khasnya di Austin agak redup. Mendung tidak panas pun tidak. Agak sesuai kiranya aktiviti jenjalan nie. Pagi nie Atin tak kemana-mana. Menu sarapan plk rini Atin buat Talam Kacang Hijau. Tapi talam nie tak berlapis seperti talam biasa. Resepi nie atin dapat dari Kak Anim@MyKitchen. Talam nie rasanya sangat sedap kerana ia terasa kacang hijaunya yg lemak. Bagi pengemar kuih talam bolehla cuba yg nie pulak.
Untuk resepinya boleh tgk di bawah.

Kuih Talam Kacang Hijau
Resepi asal: Chef hanieliza
Sumber: Ummi@HomeSweetHome
Olahan: Atin@D'Art'tienKitchen

Bahan-bahan:
3 cwn santan cair (Atin guna 1 cwn santan kara + 2 cwn air)
1 cwn gula pasir
1 cwn tepung beras (Atin letk 11/3 wn)
1 cwn kacang hijau (rebus lembut 7 kisar jangan halus) ~ atin kisar separuh
2 sudu makan tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau

Cara-cara:
Satukan kesemua bahan kecuali kacang hijau. Kacau rata & tapiskan.
masukkan kacang hijau dan kacau sebati.
Tuangkan adunan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.


Selamat mencuba..

Labels: Kuih Talam 0 comments

Ikan Pari Masak Pecel

Saturday, January 14, 2012 | Publish by Art'tien

Assalamualaikum,
Selamat berhujung minggu semua. Semoga ceria2 selalu disamping menjalani kehidupan berkeluarga. Hari nie tak der aktiviti masak2 yang best2 cuma teringin nak makan ikan pari masak pecel. Sebenarnya menu nie adalah kegemaran arwah bapa saya. Tu yang Atin minat sangat dgn masakan nie. Kalau dulu2 arwah suka bakar ikan pari nie atas dapur kayu nanti rasanya sedap katanya. Tapi sekarang nie mana nak cari dapur kayu, nak cepat punya pasal.. letak jer atas kuali & panaskan dgn minyak sedikit. Tutupkan dia..dahhh..masak. hehee..senangkan.

Ikan Pari Masak Pecel

Olahan: D'Art'tien Kitchen


Bahan-bahan:

2 keping ikan pari ~ Atin guna ikan pari tuka yg sedang2 jer

2 cawan santan pekat

5 biji bawang merah ~ kisar

2 ulas bawang putih ~kisar

5 inci ubi cekur ~ kisar

8 biji cili padi ~ kisar ( jika suka pedas boleh tambah lagi)

1 keping asam gelugor

Garam dan gula secukup rasa

2 helai daun cekur ~ hiris halus


Cara-caranya:

Bersikan ikan pari dan toskan. lumur dgn sedikit garam dan bakar hingga masak.

Dalam periuk satukan santan dan bahan kisar dan didihkan.

Masukkan ikan pari dan masak dgn api sederana hingga kuah pekat.
Masukkan asam keping dan hirisan daun ubi cekur. Didihkan lagi.

Bila masak bolehla matikn api dan hidangkan...selamat mencuba.

Labels: Ikan 0 comments

Kerabu Pucuk Paku

Thursday, January 12, 2012 | Publish by Art'tien

Hai..berjumpa semula. Nie sambungan N3 tadi. Untuk sayur plk Atin buat urap atau kerabu pucuk paku untuk dimakan bersama asam pedas tadi. Nampak nya terbukak selera malam nie dgn adanya kerabu pucuk paku. Emmm..dah terliur plk..Jom makan..
Kerabu Pucuk Paku
Olahan: D'Art'tien Kitchen

Bahan-bahan:
2 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh ~ basuh & toskan
1/2 cawan kelapa putih parut
1 labu bawang besar ~ kisar
2 cm kunyit hidup ~ kisar
Sedikit belacan ~ kisar
1 sb gula
Secubit garam
2 biji ubi cekur ~ kisar
5 biji lada merah ~ kisar
5 biji cili padi ~ kisar
3 sudu udang kering ~ kisar

Cara-caranya:
Pucuk paku diambil daun sahaja.Bersihkan dan toskan. ketepikan
Rendam udang kering dan toskan.
Kelapa parut di satukan dengan bahan kisar dan gaulkan rata.
Masukkan dalam kuali dan gorengkan tanpa minyak selama 2~3 minit serta masukkan gula.
Masukkan daun pucuk paku dan taugeh. Gaulkan rata dan perasakan rasanya.
Angakat dan hidangkan.

Labels: Kerabu, Urap 0 comments

Asam Pedas Pari Bernenas

Thursday, January 12, 2012 | Publish by Art'tien

Salam semua.
Cuma nak update menu makan malam nie. Asam pedas Ikan Pari dan nenas. Memandangkan stok tu jer yg ada kat peti ais maka tu jerla menu malam nie. Rasanya bolehla untuk tekak anak beranak makan. huhuhu....
Jom semak resepi...

Asam Pedas Pari Bernenas
Olahan: D'Art'tien Kitchen

Bahan-bahan;
3~4 keping ikan pari
1/2 biji nenas madu ~ hiris serong
1/2 cawan air asam jawa
2 senduk cili kisar
1/2 inci halia ~ kisar
1 biji bawang besar ~ kisar
5 biji bawang merah ~ kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
1/2 inci belacan ~ kisar
1/2 inci kunyit hidup ~ kisar
2 kuntum bunga kantan
Garam & gula secukupnya
Air secukupnya
Kacang bendi jika suka

Cara-caranya:
Ikan di cuci bersih. kupas nenas dan potong serong. ketepikan.
Panaskan minyak dlam periuk dan tumis bahan kisar hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak.
Masukkan nenas dan kacau hingga rata dan masak sekejap.
Tuangkan air dan biarkan memdidih. masukkan ikan dan biarkan ikan masak.
Masukkan air asam jawa, garam secukup rasa dan secubit gula. Biarkan mendidih lagi.
Akhir sekali masukkan kacang bendi & bunga kantan. Matikan api jika rasanya dah ok.

Labels: Ikan 0 comments

Kuih Lapis Pisang

Thursday, January 12, 2012 | Publish by Art'tien

Assalamualaikum,
Selamat malam semua. Dah memalam nie baru ada kesempatan untuk update blog. Bukanya aper..maklumla siang Atin berkerja. Bila malam baru ade masa lapang nak tgk2 blog. Tu pun tgk angin jugak. Huhuhu...
N3 utk malam nie adalah kuih lapis pisang yang Atin buat pagi tadi untuk bekalan anak2 ke sekolah dan kwn2 kat opis. Resepi nie Atin rujuk dari Kak Yatiememories yang sememangnya terkenal dgn kuih muihnya yang sedap2 tu. Setiap pagi sebelum mulakan kerja sudah menjadi kemestian untuk menelaah blog Kak Yatie nie sebagai rujukan klu nak buat projek. Maklumla Atin nie sebenarnya tak pandai memasak. Jadi dari cinila Atin mula belajar dan bersemangat nak mencuba segala resepi demi anak2. Anak atin yg sorang nie memang suka makan kuih tapi ibunya x pandai buat..hehehe..jadi sekarang dh pandai cikit2la..
Ehh..panjang pulah celoteh mlm nie. Jomla kita tgk resepi. Minta izin ye kak Yatie, Atin kopipes plk kat cini bagi tatapan rakan2.

Kuih Lapis Pisang
Sumber: Yatiememories@Sinarkehidupan
Olahan: D'Art'tien Kitchen

Bahan A:
2 cwn santan (akak guna 11/2 kotak santan Ayam brand+air=2 cawan)~Atin pun
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu mkn tepung kastard/jagung ~Atin guna tepung jagung
1 sudu teh garam

Bahan B:
1 cawan pisang emas/berangan- di lecek ~Atin guna pisang asam manis jerr
1/4 cawan air
Sedikit pewarna kuning (*akak tambah. klu guna tepung kastard xyah letak la rasenya)

Bahan C:
1/4 cwn air
Sedikit pewarna hijau

Cara-caranya:
Campurkan bahan A. Gaul hingga sebati. Tapiskan dan bahagiakan kepada dua bahagian.
Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
Satu bahagian lagi di campurkan dgn bahan C dam kacau rata.
Panaskan kukusan. Sediakan loyang 7x7x3" yang di griskan dgn sedikit minyak. Panaskan sebentar sebelum proses melapis.
Tuangkan hampir 3/4 cwn adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
Kemudian lapiskan pula dgn adunan hijau. Kukus lagi selama 8 minit.
Buat sehingga siap setiap lapisan.
Untuk lapisan yang terakhir kukus lagi selam 10-12 minit.
Biarkan sejuk pada suhu bilik barulah di potong.

Nota: Atin tutup loyang dengan kertas foil bagi mengelakkan air masuk ke atas adunan
Kuih nie memang sedappp..

Labels: Kuih Lapis 0 comments

Serimuka Delima

Monday, January 09, 2012 | Publish by Art'tien

Assalamulaikum
Salam sejahtera kepada semua semoga hari ini ceria selalu disamping keluarga tersayang. Alhamdulillah..setakat ini masih di kurniakan kekuatan untuk n3 menu masakan. Kali nie n3 tentang kuih Serimuka pulak. Teringin plk tekak nie nak makan kuih Serimuka. Jadi kali nie Atin guna resepi kak Yatiememories.
Jom semak resepinya. Kat cini atin kopipes semula yea...
Serimuka Delima
Sumber: Yatiememories@Sinarkehidupan
Olahan: D'Art'tien Kitchen

Lapisan Bawah: Loyang10x10x3"
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 sudu kecil garam

Cara-cara:
Rendam pulut sekurangnya 4 jam.
Basuh bersih beras pulut dan toskan, campurkan dgn santan, air & garam.
Masukkan dlm loyang yg telah di lapik plastik.
Kukus selama 30 minit. Kukus dgn loyang tidak berlubang.
Apabila pulut masak, gaulkan dgn sagu (tak payah hingga rata) & tekan pulut di dlm loyang dan sapu sedikit butter/adunan tepung.
Lapisan Atas:
250 gm gula kastor/halus
100 gm tepung kastard
400 ml santan pekat
400 ml air
4 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Sedikit esen vanilla
Pewarna kuning.

Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan & gaul sebati dan tapiskan.
Masak dgn api yg kecil sehingga naik wap.
Tuangkan ke atas lapisan pulut tadi & kukus selama 30 minit.
Biarkan sehingga betul2 sejuk sebelum di potong.

Labels: Kuih Talam 0 comments

Kek Lapis Happyday (Kukus)

Monday, January 09, 2012 | Publish by Art'tien

Asalamualaikum,

Malam nie Atin nak update blog yang dah lama tak tengok. Memandangkan folder dah penuh dengan gambar2 yang telah di edit maka hari nie cuba luangkan masa utk di post. N3 kali nie tentang kek lagi. Kek lapis happyday nie atin buat khas untuk mak mertua Atin sebagai buah tangan ketika datang rumah sabtu lepas. Kali nie bolehla senyum lebar cikit coz kek kali nie menjadi. Happy sangat. Moist sekali hasilnya dgn mengunakan butter yg berkualiti. Sebelum nie Atin guna Buttercup jer...tu yg tak memuaskan tu..Apa2 pun TQ kat Kak Dayang yg telah kongsikan resepi yang sedap nie...
Untuk resepi Kak Dayang bolehla jenguk di cini.

Kek Lapis Happyday (kukus)

Sumber: DayangJack@Dapurkusayang

Olahan: D'Art'tien Kitchen


Bahan-bahanya: loyang 6"x6"

3/4 cwn tepung superfine ~ diayak

1/2 cwn tepung gandum ~ diayak

5 biji telur A

225 g mentega berkualiti tinggi - Atin guna SCS

3/4 cwn gula halus

1/2 cwn serikaya

1/4 cwn susu pekat manis

1 sk esen vanilla

2 sk serbuk nescafe

Pewarna hijau+perisa pandan, merah, biru & coklat


Cara-caranya:

Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Balutkan penutup pengukus dgn tuala bersih.

Sediakan loyang kek. Alaskan dgn kertas serap minyak dan sapukan mentega serta di taburkan dgn sedikit tepung.

Putar mentega bersama gula hingga gebu dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu persatu sambil di putar pelahan.

Masukkan susu pekat dan putar lagi.

Masukkan serikaya dan putar lagi ingga sebati.

Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan.

Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.

Warnakan hijau, merah, biru dan pewarna/perisa coklat dan serbuk nescafe(kacau sebati). Kemudian setiap adunan bahagikan kpd 2 bahagian supaya menjadi lapan lapisan. Jika nak buat 4 lapisan pun boleh.

Untuk lapisan pertama, tuangkan adunan warna hijau dan ratakan.

Kemudian tutup loyang dengan kertas foil tetapi hendakla direnggangkan. Kukus selama 5-7 minit atau sehingga adunan tidak cair. Kemudian buat lapisan keduanya. Ulangi proses hngga habis. Untuk lapisan terakhir, kukus lagi selama 2 minit supaya kek masak sempurna.

Setelah masak. Tutup api. Sejukkan sebelum di potong.


Selamat mencuba.

Labels: Kek 0 comments

Laksa Johor

Sunday, January 01, 2012 | Publish by Art'tien

Asalamualaikum,
Selamat tahun baru. Hari ini 1 Januari 2012 dimana kita manyambut awal tahun. Semoga apa yang di impikan akan menjadi kenyataan pada tahun ini. Untuk tengahari ni atin ada menyediakan juadah tahun baru dengan membuat Laksa Johor. Laksa nie menjdi kegemaran bagi keluarga kami. Untuk menyedikan menu ini agak cerewet kerana banyak bahan2 yang nak di sediakan. tetapi ia berbaloi kerana rasanya yang sedap. Hanya orang Johor sahaja yang tahu keenakanya. Bagi yg di luar sana cubalaa..anda pasti terpikat..






Laksa Johor

Olahan: D'Art'tien kitchen

Bahan utk kuah laksa

1 kg ikan tenggiri atau ikan kembung - direbus

1/2 mangkuk minyak

6 sudu rempah kari daging - dibancuh dgn air

2 mangkuk santan


Bahan A

10 tangkai cili kering

2 ulas bawang putih

3 ulas bawang merah

2 batang serai -ketuk

4 cm lengkuas

4 biji buah keras

4 cm halia

2 cm kunyit


Bahan B

5 mangkuk air rebusan ikan

1/2 mangkuk kerisik

2 keping asam keping

1 sudu besar garam

1/2 buku gula melaka

2 kuib ikan bilis


Cara menyediakan

Rebus ikan dan ambil isinya, kemudian di kisar dgn air rebusan ikan.

Kisar bahan A hingga halus

Panaskan minyak di dlm periuk lalu tumiskan bahan A hingga terbit minyak,

Masukkan rempah kari daging dan kacau rata hingga sedikit garing. Kemudian masukkan bahan B.

Setelah itu masukkan isi ikan dan air rebusan ikan. Akhir sekali masukkan santan dan masak hingga kuah mendidih dan pekat.


Bahan-bahan yang dimakan bersama-sama kuah laksa.

Spagetti - rebus dengan sedikit minyak

Taugeh - buang ekor

Timun - hiris halus

Daun kesum - cincang halus

Bunga kantan - cincang halus

Bawang besar - hiris bulat atau separuh bulat atau ikut suka

Limau kasturi

Sambal belacan

Labels: Laksa 0 comments
« Newer Posts Older Posts »
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Plagiarism Checker

Copyright by D'Art'tien Kitchen. Powered by Blogger.

About

Introduction

Koleksi resepi dari pelbagai sumber telah diadaptasikan sebagai bidang hobi untuk mencuba sesuatu yang baru.

Waktu


About Me

My photo
Art'tien
JB, Johor, Malaysia
Seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata. Suka mencuba resepi & memasak di waktu kelapangan.
View my complete profile

Followers

Cari Resepi

Popular Posts

  • Talam Pandan
  • Kek Coklat Kukus II ~Chef Zubaidah
  • Talam Kastard Jagung

Recent Posts

Geng Dapur

  • Simply Home Kitchen
  • After 6 am
  • Easybakes
  • Dapur Tanpa Sempadan
  • Simply Home Kitchen
  • Sepanjang Jalan Kenangan
  • Izah Muffin Lover
  • Potret Kasih
  • Home Sweet Home
  • My Little Kitchen
  • Sinar Kehidupanku
  • Singgahsana Kitchen
  • Dapurku Sayang
  • Masam Manis

Kongsi Resepi


Jejak Pengunjung

HTML Hit Counter Free Hit Counters

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  April (1)
  • ▼  2012 (30)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (12)
    • ▼  January (13)
      • Roti Jala Pandan
      • Kek Marble Susu
      • Pengat Pisang Candil
      • Ayam Lada Hitam
      • Bubur Kacang Hijau Durian
      • Talam Kacang Hijau
      • Ikan Pari Masak Pecel
      • Kerabu Pucuk Paku
      • Asam Pedas Pari Bernenas
      • Kuih Lapis Pisang
      • Serimuka Delima
      • Kek Lapis Happyday (Kukus)
      • Laksa Johor
  • ►  2011 (32)
    • ►  December (17)
    • ►  November (9)
    • ►  September (1)
    • ►  August (5)

Labels

  • Annual Dinner (1)
  • Apam (3)
  • Awards (1)
  • Ayam (2)
  • Cookies (2)
  • Coretan (1)
  • Daging (1)
  • Ikan (4)
  • Juadah puasa (2)
  • Kek (13)
  • Kerabu (1)
  • Kitchen Tool (2)
  • Kuih (4)
  • Kuih Lapis (3)
  • Kuih Talam (7)
  • Lain-lain (1)
  • Laksa (2)
  • Mee (3)
  • Muffin (1)
  • Nasi (2)
  • Pencuci Mulut (2)
  • Puding (2)
  • Rojak (1)
  • Roti (2)
  • Sayur (1)
  • Urap (1)

Musica
















Comment on this video! More videos at Tubely

Facebook Badge

Aart' Tien

Create Your Badge

Ucapan




Make a Lady Bug Note at BlingPixie.com

Aneka Talam

Aneka Talam


Copyright (c) 2010 D' Art'tien Kitchen. Design by Template Lite
Download Blogger Templates And Directory Submission.