skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home

D' Art'tien Kitchen

Citarasa masakan dari pelbagai resepi yang tiada sempadan..

Kek Coklat Kukus II ~Chef Zubaidah

Wednesday, February 29, 2012 | Publish by Art'tien

Kek coklat kukus chef zubaidah. Rata2 ramai bloger2 yg dah mencuba resepi kek nie termasukla atin sendiri. Kek nie mmg moist sekali. Amat sesuai utk di buat jamuan atau makan2 sendiri. Kek nie atin dapt dari salah satu blogger yang biase atin ikuti perkembangannya iaitu kak Ummi Kuantan. Bolehla jenguk Cini utk resepi asal yea...

Sebenarnya atin buat kek nie utk anak atin bawak ke sekolah untuk diberikan kepada kawan2nya sempena besday dia yg ke 12 thn. Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki.
Sayang anak ibu...


KEK COKLAT KUKUS CHEF ZUBAIDAH
Sumber: AlongRoz @ MyR @ Ummie@homesweethome

Bahan-bahan
(loyang 8"/9" bulat) - akak guna loyang 8"x8"~ atin masukkan dlm cawan plastik kecil sahaja.


100 gram serbuk koko *
250 gram gula kastor* (akak letak 230 gm je)
1 tin susu isian cair*
200 gram minyak masak sayuran*
250g susu pekat*(akak letak 230 gm je)
4 biji telur - dipukul sehingga berbuih (akak whisk je)
150 gram tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Cara-Caranya:-
Campurkan kesemua bahan bertanda (*) dn masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
Satukan dengan telur yg di pukul tadi dgn mixer. (akak guna whisker jek). Atin pun..
Gaulkan bahan-bahan kering dan campurkan sedikit-sedikit sehingga sebati.
Masukkan ke dalam tin yg dilapik dan diminyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.(*akak bakar d alam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 minit or ikut oven masing2 yea..) atin kukus jerkkk...
Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan ganache sbgi topping. pastu atin tabur ngan manik2. Nampak menarik gituu..


Bahan2 Simple Chocolate Ganache:
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 sb butter/margerin/minyak masak
*kacau semua bahan atas api kecil hingga likat dan larut sepenuhnya.


Selepas siap di kukus macam nila rupanya...


Packing untuk anak2 bawak kesekolah untuk kawan2 dia.

Labels: Kek 0 comments

Kwee Teow Goreng Ringkas

Wednesday, February 29, 2012 | Publish by Art'tien



Assalamualaikum,

Teringin plk mlm nie nak makan mee teow yeaa. Asyik masak nasi jer pun boring jugak.

Resepi ini atin rujuk dari dapur MatGebu@dapurtanpasempadan, tapi kali nie atin campak2 jer aper yg ade kat pei ais jerkk. Resepi asal ada di sini.



BAHAN-BAHANNYA :-)


500 gram kue teow, cuci dan toskan

3 pokok sawi bok choy, asing tangkai dan daun, cuci, tos dan siang ~guna daun kucai jerr.

2 biji telur, pukul sedikit

4 biji bawang merah, hiris

3 ulas bawang putih, cincang halus

1 keping fish cake, hiris

1/2 cawan isi udang ~guna udang sederhana besar.

Taugeh secukupnya

1 camca besar sos cili

2 camca besar kicap pekat

Kicap cair secukupnya

1 kiub ayam maggi (optional)

3 camca besar cili kisar

5 biji cili padi, cincang halus (optional)

Sedikit air



CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan cili padi sert kiub ayam (hancurkan) tumis hingga terbit minyak. Masukkan udang, fish cake dan batang sawi, kacau rata. Tuang sedikit air.
Tolak ketepi kuali, dan masukkan telur. Biar telur mengeras sedikit dan hancurkan. Gaul rata dan tambah sos cili, kicap pekat dan sedikit kicap cair, kacau rata.
Masukkan kue teow dan gaul hingga rata, masuk daun sawi dan taugeh, kacau dan masak hingga layu sedikit. Tambah kicap cair secukup rasa, dan masak dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.

Labels: Mee 0 comments

Apam Pelangi

Tuesday, February 28, 2012 | Publish by Art'tien

APAM PELANGI

Bahan-bahan
2 biji telur
1 sudu teh ovellet
1/2 sudu teh esen vanila
150 gm tepung gandum
150 gm gula halus
125 ml santan kara
1 sudu teh baking powder
garam secubit
pewarna kesukaan masing2

Cara-cara
Pukul telur dgn gula dan ovellet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.
Nie sebelum di kukus. Dapatla corak marble camni...



Yang nie plk ade lebih adunan jadi masukkan kat paper cup jerkk.. comel jerrr.

Labels: Apam 0 comments

Kek Coklat Kukus

Tuesday, February 28, 2012 | Publish by Art'tien

Ok la, ari ni atin nak tayang kek yang atin buat minggu lepas....kek coklat kukus..resepi oleh DayangJack@Dapurkusayang. jom tengok resepi yang mudah dan sedap ni...Resepi asal boleh tgk di sini.
Kek Coklat Kukus IV


Bahan-bahan : loyang 6 inci.Bahan A :

200 g tepung gandum
1 sk baking powder
50 g serbuk koko Bahan B :
4 biji telur A
180 ml susu segar suam
200 g gula pasir (dikisar halus)
1 sk esen vanilla Bahan C :
100 g butter (dicairkan)
4 sb susu pekat manis


Cara-cara :
Bahan A diayak 2 kali. Ketepikan.
Bahan B disatukan ke dalam mix bowl dan diputar hingga gebu. (high speed)
Satukan bahan A dan B. Putar hingga sebati (low speed)
Masukkan susu pekat dan putar lagi.
Masukkan butter cair dan kacau perlahan-lahan dgn menggunakan senduk kayu atau spatula.
Biarkan seketika (20 minit).
Tuangkan adunan ke dalam loyang yg telah digriskan dgn mentega dan ditabur dgn sedikit tepung (seelok2nya loyang dilapik dgn kertas minyak). Tutup kemas loyang dgn kertas foil.
Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.


Untuk topping (my style) - anggaran

250 ml susu segar
100 g butter
1 sk esen vanilla
5 sb serbuk koko @ 150 g coklat masak (atin guna coklat masakan unggu. guna stok yg ada jer)
70 g gula (jika menggunakan coklat masak, tak perlu letak gula)


Cara-cara :

Cairkan kesemua bahan dan kacau sehingga pekat. (kaedah double boil) - bhn2 topping boleh adjust ikut citarasa masing2.

Labels: Kek 0 comments

Chocolate Marble Cheese Cake

Tuesday, February 28, 2012 | Publish by Art'tien


Asyik buat kek je kan atin ni...kali ni atin buat kek Marble Choc Cheese Cake...nampak tak kek tu...rasa dia mmg sedap....resepi ni atin rujuk dari blog kak Azlita...blogger masakan yang hasil tangan nya mmg kreatif dan menyelerakan. Izinkan atin copypes kat cini plk yea. Resepi asal yang sedap ni boleh tgk cini.



Chocolate Marble Cheese Cake

Sumber: Azlita@masammanis

Olahan: D'Art'tien Kitchen



Bahan A:

* 250gm mentega

* 1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)- ita guna 1 cwn pas tu + 3 sb lagi sebab ita tak guna susu cair

* 5 biji telor gred A

* 1/2 cwn serbuk koko *

* 1 1/2 cwn tepung halus *(saya guna tpng gandum je) ita guna tpg halus

* 2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)

* 1 sudu kecil pewarna coklat/coklat emulco

* 1/4 cwn susu cair - ita guna susu coklat UHT tu yg ita kurangkan gula takut manis sangat nanti...


Bahan B:

* 250 gm cream cheese

* 3 sudu besar gula halus (gula kastor)

* 1 sudu kecil esen vanila

* 1 biji telor gred A


Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Putar mentega dan gula hingga putih.

3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.

4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.

5. Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.

6. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.

7. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.

8. Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.

9. Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.

10. Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.

11. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.

12. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.

Labels: Kek 0 comments

Laksa Penang

Tuesday, February 28, 2012 | Publish by Art'tien

Assalammualaikum wbt dan selamat malam semua, hari ini atin buat laksa penang utk mkm malam., fuhhh memang sedaplah walaupun baru 1st time buat, hehehe...klu nak di bandingkan dgn laksa johor, pembuatannya agak rumit.....
Resepi boleh rujuk di bawah ni ye.



Laksa Penang


Bahan-bahanya
8-10 tangkai cili kering

1/2 biji bawang besarsedikit belacan

6 ekor ikan kembung atau ikan selayang

1/2 bungkus laksa kering- direndam, direbus & toskan sedikit daun kesum

1 kuntum bunga kantan

3 keping asam gelugor


Bahan Sampingan

timun

salad

limau nipis atau limau kasturi

telur rebus

nenas

hirisan bawang besar

cili padi

caranye:

1. Rebus cili kering dan kemudian kisar bersama bawang besar dan belacan.
2. Rebus ikan kembung dan kemudian asingkan isi ikan dan tulang, air rebusan ikan tadi jangan dibuang. tulang ikan tadi dikisar dengan sedikit air, tapis dan curahkan dalam air rebusan ikan.
3. Isi ikan separuh diblender halus dan separuh lagi dimasukkan kembali dalam air rebusan ikan tadi, curah bahan kisar, asam keping dan bunga kantan, biarkan mendidih seketika, selepas itu masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa, masukkan garam.

4. Masak kuah laksa biar sampai keluar minyak baru tutup api.
5. Rebus laksa kering dan telur serta sediakan bahan sampingan yang lain. racik timun, salad, nenas, bawang besar dan cili padi. letakkan mee laksa di dalam bekas dan susun bahan ulam-ulaman tadi kemudian curahkan kuah laksa. Sedia untuk dihidangkan.

Labels: Laksa 0 comments

Kuih Keria Keledek

Tuesday, February 28, 2012 | Publish by Art'tien

Selamat malam semua.
Malam nie atin nak update lagi pic2 yang lama dalam simpanan. Kali nie N3 pasal kuih keria plk. Yang nie atin tgk dari blog Kak Alita masam manis yang terkenal tu. Atin memang suka dengan hasil kerja tangan dia. Kak Azlita nie mmg kreatif orangnya. Sudah menjadi kemestian setiap pagi bukak jer tenet mesti bukak blog Masam Manis dulu. Memang best dan senang untuk di buat rujukan. Marila kita tgk resepinyer.
KUIH KERIA
Olahan: D'Art'tien Kitchen

250 gm keledek putih atau oren
1 sudu besar tepung ubi
80 gm tepung gandum (Atin guna 100gm)
1/2 sudu teh garam

Untuk Menyalut Keria
80 gm gula pasir
3 sudu besar air

Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas
Masukkan garam, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan
Timbang doh seberat 40 gm setiap satu. Bulatkan dan leperkanBentukkan lubang bulat di tengah
Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasam. Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk.

Untuk menyalut keria
Sediakan kualimasukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat.
Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali. Segera tutupkan api.
Terus mengacau hingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih.
Di hidangkan segera* jika menggunakan keledek oren, tambahkan sedikit sukatan tepung kerana keledek oren sangat lembut.
Kuih nie sebelum di sira lagi. Nampak cam mengelembung jerkk...tak cantik kannn..


Yang nie plk selepas di sira. Huhuhu..nmpk cun plkk..Ahaak3...puji diri sendiri lerr nampaknya...

Labels: Kuih 0 comments

Kuih Lapis Warna-Warni

Tuesday, February 28, 2012 | Publish by Art'tien

Assalamualaikum,
Bertemu kembali. Dah lama sangat atin tak update blog nie gara-gara internet lembat sangat. Sebenarnya dah banyak sangat gambar2 yang dah siap diedit tapi tak terupload lagi. Jadi malam nie angin baik cikit baru dapat line yang baik...so dapatla nak update.
Kali nie atin nk tunjuk kuih lapis yang berwarna-warni nie. Hasil skodeng dari blog Reen Khan dapatla di hasilkan kuih lapis yg berwarna-warni. Jom jenguk resepi.

Kuih Lapis Warna-Warni
Olahan: D'Art'tien Kitchen

Bahan bahan
2 cawan santan
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastard
1 cawan tepung gandum
1/2 cwn gula pasir
1 sudu teh garam halus
pewarna :merah hijau ,ungu dan kuning*tambah 1/2 sudu teh esen pandan utk bau yg haruummmm

Cara cara
1.Gaulkan semua bahan sehingga sebati tapiskan
2.kemudian bahagikan adunan kepada 4 bahagian warna
3.masukkan satu senduk adunan merah ke dalam loyang dan kukus 5 minit
4.lapiskan satu senduk warna hijau dan seterusnya warna unggu dan warna kuning (aku letak 1 sudu je setiap warna sbb acuan kenit)
5.ulangi sehingga habis dan kukus hingga masak (aku kukus dalam 10 mnt, kalo guna loyang, mungkin 15 mnt sesuai kot) ~ Atin pun sama.



Labels: Kuih Lapis 0 comments

Puding Cendol lagii....

Saturday, February 18, 2012 | Publish by Art'tien

Assalamualaikum,
Selamat berhujung minggu untuk semua. Cuaca hari nie di Seri Austin agak mendung dari pagi tadi. Maklumla subuh2 pagi tadi jer dah hujan lebat. Nie nampaknyer petang dah mendung lagi tanda2 nak hujan. Perut pun asyik lapar jer..
Berbalik pada tajuk di atas kali nie atin nak share puding cendol lagi. Kali nie atin tak gunakan gula melaka. Atin gunakan gula merah seperti yang ada dalam resepi asal. Puding nie atin buat semasa kunjungan kakak atin dari Muar minggu lepas. Terima kasih kerana sampai juga di rumah atin nie. Untuk resepi boleh rujuk cini atau cini yea.



Yang nie atin masukkan dalam acuan yang kecil sedikit utk kawan kat opis.

Labels: Puding 0 comments

Apam Polkadot

Saturday, February 18, 2012 | Publish by Art'tien

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, hari ni Atin nak share resepi apam polkadot. Apam ni Atin buat minggu lepas, ni lah 2nd time Atin buat. Yang 1st time buat tu color dia kurang menyerlah cikit. Tu yg tak publish tuu..Tak cantik.
Anak-anak Atin dah lama mintak buatkan apam nie tapi masa jer tak berkesempatan. Memandangkan diorang dah banyak kali mintak jadi kenela buat jugak. Apam nie nampak comel, dan warna nye pun menawan, dapat banyak juga, dapatlah bagi kat kawan2 kat opis merasa di samping anak2 dapat bawak bekal kesekolah. Terima kasih kepada Jintanmanis yang sudi berkongsi resepi, izinkan Atin kongsi di sini pula yea.

Apam Polkadot

sumber: Jintanmanis.com

Olahan: D'Art'tien Kitchen


Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

- 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)

- 275 gm tepung gandum

- 220 gm gula halus

- 150 ml susu segar@susu cair

- 3 sudu teh baking powder

- 1 sudu kecil ovalettefilling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa

- Pewarna


Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan

3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja

5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan

6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.

7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

Nota: Inti apam polkadot ni boleh diganti dengan ape jua filling kegemaran anda, nuttela ke, jem strawberry ke, warna apam pun ikutlah kreativiti masing-masing ya.

Labels: Apam, Kuih 0 comments

Banana Chocolate Rice Cake

Wednesday, February 01, 2012 | Publish by Art'tien




Assalamualaikum,


Apa kabar buat semua, di harap hari ini semuanya berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Bagi Atin setakat ini alhamdulillah sihat. Masih lagi boleh bersiaran walaupun tidak kerap mengupdate N3. So...hari ini ada masa terluang untuk update blog dengan paparam menu Kek Pisang coklat rice. Kek nie dah lama buat cuma tak der kesempatan nak N3 jerr..


Kek nie memang moist dengan rasa coklat ricenyer membuatkan anak2 suka sangat. Sampaikan makan berulang-ulang. Resepi nie atin dapat dari Kak Azlita & juga Kak Ummie. Izinkan Atin share kat cini plk yeaa..Ermmm....jomla kita layan resepinyer.



Banana Chocolate Rice Cake.

Sumber: Azlita@masammanis


Olahan: D'Art'tien Kitchen



Bahan-bahan:
Bahan A

150 gm marjerin atau butter

150 gm gula kastor

3 biji telor

100 gm susu segar

100 gm pisang ranum yang dilecek

1/2 sudu teh esen pisang ~ ita tambah (Atin pun)


Bahan B

200 gm tepung berprotein rendah , tepung kek atau tepung naik sendiri

30 gm chocolate rice ~ ita lebihkan 50 gm

1/4 sudu teh soda bikarbonat


Hiasan

2 biji pisang ~ dipotong nipis bulat ~ yg ni ita tak letak (Atin pun)
1/4 cawan hirisan badam ~ kak ummi tambah~ ita guna kacang pistchio anda boleh guna juga apa kekacang yg di sukai. (Atin tabur dgn badam cincang jerr)

Letak bahan kekacang membuatkan kek ni lagi sedap dan rangup bila di gigit.

Cara-cara:
Panaskan oven pada suhu 170 CSediakan loyang 8 X 3 X 3 incAlas baking papaer dan griskan dengan butterPukul marjerin atau mentega dan gula hingga nampak keputihan.

Masukkan telor satu per satu ~ pastikan pukul telor hingga bercampur rata, baru dimasukkan yang berikutnya dan pukul hingga sebati.

Secara berselang seli, masukkan tepung (tepung dan soda ni campur dan ayak) dan susu, adun rata.

Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula.

Masukkan coklat cip dan gaul rataTuangkan ke dalam loyang saiz 8x3x3 inci yang telah digris dan dialas (kak ummi guna mangkuk Pyrex jek, so just gris mentega saja, x perlu alas)

Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya. ~ yg ni ita tak letak. (Atin pun)

Taburkan kekacang di atas kek.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 40 minit/hingga masak.

Selamat mencuba..

Labels: Kek 0 comments

Talam Lapis Pisang

Wednesday, February 01, 2012 | Publish by Art'tien

Assalamualaikum,
Malam ni baru berkesempatan nak belek2 blog yg dh lama sangat x update. Sebenarnya N3 mlm nie adalah hasil olahan beberapa minggu yang lepas. Dah lama sgt di simpan dalam folder.
Jom layan resepi di bawah. Resepi nie sy skodeng dari dapur Kak Umie. Tq kak Umie coz share resepi yg sedap nie.


Talam Lapis Pisang

Sumber: Ummie@homesweethome
Olahan: D'Art'tien kitchen

Bahan-bahan (loyang 8" empat segi)


Bahan A:
120 gm tepung beras
100 gm tepung ubi
250 ml santan pekat KARA
150 ml air

Bahan B
175 gm air
1/2 sudu teh garam
Daun pandan
400 ml santan cair (sy letak10ml santan kara +300ml air)

Bahan C
400 gm pisang nangka (dihiris nipis)

Cara membuatnya:
Satukan bahan A, gaul rata supaya tidak berketul.
Masak bahan B sehingga mendidih, keluarkan daun pandan. Tuang kedalam bahan A, kacau rata.
Bahagikan kpd 3 bahagian. Satu warna pink, hijau dan plain.
Tuangkan bahagian pertama dan kukus selama 5 minit. Angkat dan aturkan hirisan pisang di atasnya.
Kukus sekejap supaya pisang masak. (Tang nie luper plk stepnya. letak pisang terus tuang lapisan kedua)
Tuangkan bahagian kedua dan kukus selama 5 minit, aturkan pisang buat seperti bahagian pertama.
Untuk bahagian terakhir kukus selama 30 minit dan tutup loyang dengan aluminium foil.
Sejukkan kuih sebelum di potong.


Nie yg tersilap nie. Aturkan pisang pastu terus lapiskan..Hahaha..dh silap teknik la pulakkk..


Niela hasilnya...pisang tu nampak keras jerkan...tak perr..next time cube lagi..

Labels: Kuih Talam 0 comments
« Newer Posts Older Posts »
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Plagiarism Checker

Copyright by D'Art'tien Kitchen. Powered by Blogger.

About

Introduction

Koleksi resepi dari pelbagai sumber telah diadaptasikan sebagai bidang hobi untuk mencuba sesuatu yang baru.

Waktu


About Me

My photo
Art'tien
JB, Johor, Malaysia
Seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata. Suka mencuba resepi & memasak di waktu kelapangan.
View my complete profile

Followers

Cari Resepi

Popular Posts

  • Talam Pandan
  • Kek Coklat Kukus II ~Chef Zubaidah
  • Talam Kastard Jagung

Recent Posts

Geng Dapur

  • Simply Home Kitchen
  • After 6 am
  • Easybakes
  • Dapur Tanpa Sempadan
  • Simply Home Kitchen
  • Sepanjang Jalan Kenangan
  • Izah Muffin Lover
  • Potret Kasih
  • Home Sweet Home
  • My Little Kitchen
  • Sinar Kehidupanku
  • Singgahsana Kitchen
  • Dapurku Sayang
  • Masam Manis

Kongsi Resepi


Jejak Pengunjung

HTML Hit Counter Free Hit Counters

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  April (1)
  • ▼  2012 (30)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ▼  February (12)
      • Kek Coklat Kukus II ~Chef Zubaidah
      • Kwee Teow Goreng Ringkas
      • Apam Pelangi
      • Kek Coklat Kukus
      • Chocolate Marble Cheese Cake
      • Laksa Penang
      • Kuih Keria Keledek
      • Kuih Lapis Warna-Warni
      • Puding Cendol lagii....
      • Apam Polkadot
      • Banana Chocolate Rice Cake
      • Talam Lapis Pisang
    • ►  January (13)
  • ►  2011 (32)
    • ►  December (17)
    • ►  November (9)
    • ►  September (1)
    • ►  August (5)

Labels

  • Annual Dinner (1)
  • Apam (3)
  • Awards (1)
  • Ayam (2)
  • Cookies (2)
  • Coretan (1)
  • Daging (1)
  • Ikan (4)
  • Juadah puasa (2)
  • Kek (13)
  • Kerabu (1)
  • Kitchen Tool (2)
  • Kuih (4)
  • Kuih Lapis (3)
  • Kuih Talam (7)
  • Lain-lain (1)
  • Laksa (2)
  • Mee (3)
  • Muffin (1)
  • Nasi (2)
  • Pencuci Mulut (2)
  • Puding (2)
  • Rojak (1)
  • Roti (2)
  • Sayur (1)
  • Urap (1)

Musica
















Comment on this video! More videos at Tubely

Facebook Badge

Aart' Tien

Create Your Badge

Ucapan




Make a Lady Bug Note at BlingPixie.com

Aneka Talam

Aneka Talam


Copyright (c) 2010 D' Art'tien Kitchen. Design by Template Lite
Download Blogger Templates And Directory Submission.