skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home

D' Art'tien Kitchen

Citarasa masakan dari pelbagai resepi yang tiada sempadan..

Kek Kukus Alwani

Saturday, December 31, 2011 | Publish by Art'tien

Selamat malam,


Selamat tahun baru untuk semua semoga tahun baru ni lebih bererti dan penuh kegembiraan. Apa yang berlalu jadikan pengalam dan pengajaran serta tingkatkan azam agar lebih kuat dan yakin Tuhan sentiasa bersama kita..


Okeyla..kita sambung dgn N3 mlm nie Kek Kukus Alwani yang atin buat petang tadi untuk makan-makan. Lapisan tu kurang menarik cikit coz disebabkan tersalah agak. Ingatkan dah keras baru tuang lapisan yang seterusnya. Rupanya bila tuang adunan yang bawah tadi masih lembut. So.. tu yg kek tu tak rata lapisan dia.


Kek Kukus Alwani

Sumber: Dapurku Sayang

Olahan: D'Art'tien Kitchen


Bahan-bahan:

1 cwn tepung gandum

1/3 cwn horlicks (original)

5 biji telur grade A

1/2 cwn gula halus

200 gm majerin/mentega

1/3 cwn susu pekat manis

1/3 cwn kismis hitam

1 sdt esen vanilla

Pewarna merah, hijau dan purple


Cara-cara:

Sediakan pengukus. panaskan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Griskan dengan mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.

Gaulkan kismis bersama sedikit tepung(1 sudu makan). Ketepikan.

Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yg agak besar. ketepikan seketika

Pukul mentega dgn ula hngga kembang dan putih.

Masukkan telur satu persatu sambil di putar.

Masukkan susu pekat dan putar lagi.

Masukkan tepung dan putar hingga sebati.

Masukkan esen vanillla. ratakan

Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan dgn warna merah, hijau dan purple.

Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya

Kemudian tutupla loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukusla selama 7 minit.

Ulangi melapis dengan warna yang seterusnya. Tabur dgn kismis & kukus lagi 15 minit sebelum melapis utk lapisan yang terakhir.




Akhir sekali tuangkan lapisan purple dan taburkan kismis. Kukus lama cikit dalam 1 jam sehingga ia masak.


*Kek ni bersaiz kecil sahaja. gandakan jika nak buat yang saiz besar.

Labels: Kek 0 comments

Daging Masak Prune

Saturday, December 31, 2011 | Publish by Art'tien

Hai...
Yang terakhir utk menu tengahari kali ini adalah menu Daging Masak Prune. Tanpa lengahkan masa jom tengok resepinya. Actully mls nak taip lebih2 nie coz line x berapa clear. Maklumla guna broadband jerr..huhu..lembap.

Daging masak Prune
Sumber: Singahsana Kitchen
Olahan: D'Art'tiem Kitchen

Bahan perap:
600 gm daging
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tomato
sudu besar gulla perang
4 sudu besar kica pekat
1 sudu besar gula pasir
4 sudu besar bawang kisar
4 sud besar minyak sapi
Garam secukupnya

Bahan kisar
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3 labu bawang besar
1 inci halia
300 gm buah prune tanpa biji

Caranya:
Daging di potong dadu. kemudain perapkan dengan bahan perap selama 1 jam.
Panaskan minyak sapi dan tumis bahan kisar kecuali prune.
Kemudian masukkan daging yang telah di perap tadi, masak samai daging empuk.
Akhir sekali masukkan buah prune yang telah di kisar dengan sedikit air.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Bila sudah masak bolehla di hidangkan.

Menu daging yang sedap ini sesuai di makan bersama nasi minyak, beriani mahupun nasi putih atau apa saja mengikut selera anda.

Labels: Daging 0 comments

Nasi Beriani Madu

Saturday, December 31, 2011 | Publish by Art'tien

Hai...berjumpa lagi.


Nie sambungan N3 tadi. Nak update menu Nasi Beriani Madu pulak.

Perut dah berbunyi2 menandakan perut dah lapar. Tapi apa pun atin nak sharekan dulu resepi nie sebelum menjamu selera dgn anak2.

Resepi nie atin ambik dari Che Mat Gebu iaitu Nasi beriani udang bermadu. tetapi memandangkan udang tak der stok dalam peti ais, jadila nasi beriani madu jerr. Pastu olah cikit dgn benda2 yang ade stok jerr. Kalau nak skodeng resepi Che Mat Gebu bolehla tgk cini..

Nasi Beriani Madu

Olahan: D'Art'tien Kitchen


Bahan-bahan:

500 gm beras basmathi,rendam 30 minit dan toskan

750 ml air

200 ml susu sejat IDEAL

2 helai daun pandan ~ di simpul

1 camca besar bawang goreng

1 camca besar penuh rempah beriani*
3 camca besar air * (*bancuh menjadi pes)

1 camca besar madu

Garam secukup rasa
2 camca besar minyak sapi

Gajus ~ goreng

Sedikit kismis kuning

Rempah 4 sekawan secukupnya


Bahan Kisar halus

1 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

1 inci halia



Cara membuatnya:

-Panaskan minyak sapi, masukkan rempah tumis dan tumis hingga harum.

-Masukkan bahan kisar dan tumis lagi, tambahkan bancuhan rempah beriani.

-Tumis hingga terbit mnyak. Masukkan 1 helai daun pandan dan beras. Gaul rata dan goreng beras tadi sekejap.

-Masukkan beras tadi ke dlm rice cooker. Masukkan baki daun pandan, susu sejat, air dan bawang goreng. Tambahkan garam secukup rasa dan madu. Gaulkan rata dan masak hingga nasi kering.

-Bila sudah kering gemburkan nasi dengan chop stik dgn berhati-hati agar nasi tidak patah.

-Masukkan kismis dan tutup semula periuk nasi.

-Bila sudah masak taburkan gajus goreng, bawang goreng dan hirisan daun sup jika suka. Bolehla di hidangkan.

Labels: Nasi 0 comments

Ayam Goreng Berempah

Saturday, December 31, 2011 | Publish by Art'tien

Asalamualaikum,

Tengahari nie nak share resepi ayam goreng berempah. Teringin plk nak makan bersama nasi beriani madu ngan daging masak prune. Ermmm....sedapnyer. Apa pun kita layan resepi ayam goreng berempah dulu. Untuk resepi daging dan nasi nanti update kemudian lps siap masak eaa...
Jom layann..
Ayam Goreng Berempah
Sumber : resepiraidah.blogspot.com
Olahan: D'Art'tien Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ dipotong daan dibersihkan
1 tangkai daun kari
5 ulas bawang putih ~ kisar
2 biji bawang besar ~ kisar
1 inci halia ~ kisar
5 batang serai ~ kisar
1 sudu bsar ketumbar ~ goreng tanpa minyak ~ kisar kering
1 susdu besar serbuk kari daging/ayam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa

Caranya:
Ayam yang telah di bersihkan di gaul dengan bahan yang telah dikisar dan daun kari.
Perapkan selama setengah jam agar ramuan meresap ke dalam ayam.
Kemudian goreng ayam dalam minyak yang terendam hingga garing atau keemasan.
Bolehla di hidangkan.

Labels: Ayam 0 comments

Talam Pandan Kacang Merah & Steamer Trio

Friday, December 30, 2011 | Publish by Art'tien

Asalamualaikum,

Bertemu kembali setelah sekian lama tidak bersiaran. Kepada pengunjung2 blog D'Art'tien Kitchen di ucapkan berbanyak terimakasih kerana masih mengikuti perkembangan blog nie. Walaupun tidak sehebat mana persembahan tetapi cukup memberi kesan kepada atin untuk terus mencuba pelbagai resepi dari berbagai informasi yang ada kat tenat nie. Sekurang2nya menambahkan lagi ilmu dalam bidang masakan.

Kebelakangan nie atin agak malas nak bukak laptop utk mengupdate blog walaupun banyak resepi telah di cuba. Folder dah penuh dgn fail2 yang telah di modify. Ermmm...baru malam ni ada kesempatan nak memulakan N3.

So malam nie atin nak kongsi satu resepi kuih talam pandan kacang merah. Atin begitu teruja sangat nak membuatnya disebabkan nak mencuba stemmer yang baru di beli. kebetulan jiran sebelah rumah ade buat kenduri. Jadi atin buat kui talam nie untuk di hantar kerumah jiran sebagai buah tangan.
Mari kita semak resepinya dahulu.




Talam Pandan Kacang Merah

Sumber : yatiememories

Olahan : D'Art'tien Kitchen


Bahan utk lapisan bawah

11/2 cwn kacang meraah* - yg telah direbus empuk

1 cwn air* (* dikisar bersama )

11/2cwn tepung beras

2 cwn santan sederhana pekat

2 sudu besar tepung hoen kwee ( putih ) /tpung jagung

1 cwn gula halus

Sedikit garam

Sedikit pewarna merah


Caranya :

Kisar kacang merah yg telah di rebus bersama 1cwn air. Biarkan ketepi.

Dalam bekas lain masukkan tepung beras, tpung hoen kwee / tpung jagung , gula, garam bersama santan. Bancuh semua bahan dan tapis.

Masukkan kacang merah yg dikisar tadi dan gaul sebati. Masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana saja. Tutup api.

Panaskan pengukus. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu minyak di kelilingnya.

Tuangkan adunan tadi dan kukus selama 25 minit.

Sementara itu, buat utk adunan lapisan atas.


Bahan utk lapisan atas

11/2 cawan tepung gadum

1 cwn gula halus

2 biji telur

1 cwn santan pekat

2 cwn air (kisar bersama 3 helai daun pandan dan tapiskan )

Secubit garam

Pewarna hijau


Caranya:

Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap dlm 10 monit guna api sederhana aje.

Tuangkan adunan ke atas lapisan kaang merah tadi.

Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air bertakung di permukaan kuih. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air. Selepas itu, cakar2 sikit guna garpu barulah tuangkan adunan warna hijau.

Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana saja.

Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dngn api yg belum di tutup. Ini bagi menggeringkan permukaan kuih.

Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul 2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.


Selamat mencuba.



Bercerita tentang stemmer Trio pulak. Actully atin bli kat carefour JB jer.. Murah sgt tuuu..yang membuatkan nak beli sangat. Bila dah try memang senang sangat utk kerja2 menggukus nie. Bila nak kukus jer baru onn kan..Cepat dan jimat. Paras air pun senang nak control boleh nampak dari depan.



Huhuhu...bujang yng sorang nie excited sangat peluk kotak stemmer yang baru di beli nie.



Nampaknyer steamer tu dh ada lokasinya. Apa lagi snapla cikit sebagai kenangan. Siap tag tak bukak lagi tu....sajer nak tunjuk kat blogger2 yang atin bru beli. Nanti lain kali atin buat kuih yang guna kukus lagi yea..Tunggu utk resepi yang seterusnya...

Labels: Kitchen Tool, Kuih Talam 0 comments

Ikan Masak Tauchu

Monday, December 19, 2011 | Publish by Art'tien

Selamat malam semua. Malam nie nak update N3 makan malam pulak. Menunya adalah Ikan Selar hijau masak tauchu. Ringkas jerk makan malam nie.

Ikan Masak Tauchu
Olahan: D'Art'tien Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tenggiri - sya menggunakan ikan selar hijau yang agak besar.
2 sudu makan tauchu - sya guna tauchu pedas
1 biji bawang besar - hiris bulat
4 ulas bawang putih - hiris
2 ulas bawang merah - hiris
2 biji lada merah/hijau -hiris
1 inci halia - hiris memanjang
Cili padi - ketuk
Asam jawa/keping
Garam, gula, Serbuk kunyit

Cara-caranya:
Sebelum itu, lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Gorengkan dan ketepikan.
Tumiskan semua bawang, halia dan lada hingga agak layu. Masukkan serbuk kunyit, tauchu serta garam dan gula.
Akhir sekali masukkan air asam jawa dan perasakan mengikut citarasa.
Setelah siap curahkan di atas iakan yang telah di goreng tadi. Siap utk di hidang..

Jomm...makan.

Labels: Ikan 0 comments

Roti Sardin Bersalut Bread Crumb

Monday, December 19, 2011 | Publish by Art'tien

Assalamualaikum & selamat petang.

Bertemu kembali pada hari ini. Untuk sajian petang ini atin ada menyediakan juadah makan petang Roti sardin bersalut Bread Crumb untuk anak-anak. Menu nie simple saje. Sesiapa pun boleh menyediakannya.

Roti Sardin Bersalut Breaad Crumb

Olahan: D'Art'tien Kitchen


Bahan-bahan:

8-10 keping roti gardenia

1 tin kecil sardin

2 ulas bawang putih -hiris halus

7 ulas bawang kecil- hiris halus

Sedikit halia - hiris halus

3 biji telur

Bread Crumb secukupnya

garam secukup rasa.


Cara-caranya:

- Sardin di hancurkan terlebih dahulu.

- Tumiskan bawang kecil, bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian masukkan sardin yang telaah di hancurkan tadi. Goreng hingga garing dan perasakan dengan garam.

- Pukul telur di dalam mangkuk yang berasingan.

- Leperkan roti dengan kayu penggelek agar minyak tidak terlalu menyerap pada roti semasa menggorengnya.

- Letakkan sesudu sardin dan lipatkan roti berbentu seitiga. Tekan hujung cantuman roti dengan garfu agar ia melekat.

- Celupkan roti ke dalam telur dan golekkan ke atas bread crumb atau serbuk roti. Goreng dengan api yg sederhana.

- Bolehla di hidangkan.


Selamat mencuba.

Labels: Roti 0 comments

Roti Arab

Monday, December 19, 2011 | Publish by Art'tien

Assalamualaikum.

Selamat hari isnin buat pengunjung2 blog D'Art'tien Kitchen. Terima kasih kerana masih lagi sudi menjenguk dapur atin yg tidak seberapa nie. Cuaca di Jb sekarang ni asyik hujan dr pagi smpi ke malam. Tak ada aktiviti yang dapat di buat khususnya keluar berjalan-jalan. Perut pun asyik kerkeroncong sajer. Bangun pagi jer dah terfikir2 nak buat apa sarapan utk pagi ni. Teringin plk nak buat roti arab yg Dayang Jack buat tu. Memandangkan hari nie cuti, atin pun cubala membuatnya. Hasilnya tidakla secantik DayangJack punyer. Tapi cukupla sekadar memberi pengalaman. Coz nie first time buat roti arab nie.
Jom layan resepinya.



Roti Arab

Sumber: DayangJack@DapurKuSayang

Olahan: D'Art'tien Kitchen




Bahan-bahan:

* 2 cawan tepung gandum/tepung superfine/high protien

*1 sudu mentega/majerin

*Sedikit gara halus

*1 sudu besar gula pasir

*1/2 sudu makan yis mauripan

*Air suam secukupnya


Cara-caranya:

1. satuka yis, sedikitair suam dn gula di dalam satu bekas dan rendamkan sehingga berbuih.

2. Tepung, garam & mentega disatukan di dalam bekas yang agak besar.
3. Kemudian satukan langkah 1 & 2.

4. Masukkan air suaam sedikit demi sedikit. Gaul & uli doh sehingga kentaal dan licin.

5. Simpankan dohke dalam bekas besar tadi dan tutup dgn kain lembap. Biarkan ia naik lebih kurang 45 minit atau 1 jaam. Setelah itu uli semula doh tadi.

6. Sediakan torak. Canaikan doh tadi tapi jangan terlalu nipis. Kemudian rehatkan sebentar selama 15 minit.

7. Sediakn minyak utk menggoreng. Apabila sudah cukup panas(tetapi jangan sampai berasap), gorengla doh tadi satu demi satu. Jangan lupa siramkan roti dengan minyak supaya ia kembung dengan cantik.

8. Setelah masak keperangan, angkat dan toskan.

9. Hidangkan panas-panas bersama kari sardin atau kari ayam.


Selamat mencuba.

Labels: Roti 0 comments

Taman Mini..

Saturday, December 17, 2011 | Publish by Art'tien

Assalamualaikum & selamat pagi.

Pepagi nie sajer nak segarkan mata. Tengok bunga2 di taman mini rumah ku..
Dapat jugak release tension. Ni antara sebahagian koleksi pokok bunga yg atin tanam di depan rumah.








Labels: Lain-lain 0 comments

Rojak Tauhu

Friday, December 16, 2011 | Publish by Art'tien

Assalamualaikum,

Bertemu kembali. Kali ni nak kongsi menu rojak tauhu yang ringkas dan sedap. Idea nie datang setelah duk penat memikirkan apa menu mkn malam nak buat. Macam dah naik boring hari2 makan nasi. Akhirnya terfikir plk nak buat rojak.
Tanpa melengahkan masa jomla layan resepinya.
Rojak Tauhu
Olahan: Art'tien

Bahan:
3keping tauhu - di goreng & di potong
2 keping tempe - hiris nipis & goreng (sy tambah)
Sedikit timun - hiris
Sedikit taugeh - di celur sekejap
Sedikit kacang tanah - utk di tabur
Sedikit bijan- utk di tabur

Kuah Rojak:
- 3 biji cili padi (terpulang pada kepedasan)
-1 ulas bawang putih
-Sedikit kicap manis
-1 Sudu besar petis (sy tambah)

Cara-cara:
- Mula-mula kita buat sos dulu. Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat. Masukkan kicap dan petis dan gaul rata.Jikamahu manis bolehla di tambah gula.
-Masukkan bahan2 yang telah dihiris tadi bersama taugeh celur. Gaulkan rata.
-Taburkan kacang tanah & bijan. Bolehla di hidaangkan.



Labels: Rojak 0 comments

Annual dinner 2011

Sunday, December 11, 2011 | Publish by Art'tien

Mengimbau kenangan sekitar majlis makan malam syarikat. Gambar nie di Persada Johor Bahru.
Dengan bos....


Kenangan dengan rakan seangkatan yg telah menerima penghargaan dari pihak syarikat.



Sukeee sgt pic nie...







Mengabdikan kenangan dgn member2 yg memakai pakaian seragam. Tema kali nie uniform night...huhuhu...aku tak ikut punn..malas nak layan.

Labels: Annual Dinner 0 comments

Sayur Petola campur Udang

Sunday, December 11, 2011 | Publish by Art'tien

Assalamualaikum,

Selamat tengahari dan selamat berhujung minggu. Sekarang nie kita berada di minggu ke 2 dlm bulan Disember. Nampaknya hanya tinggal beberapa minggu lagi untuk naik sekolah. Semalam dok p shopping cari barang2 sekolah anak. Dah nampak ramai dan sibuk di pasaraya orang membeli belah.


Sajer nak update blog nie dgn N3 sayur Petola campur udang yg semalam atin masak. Masakan nie ringkas sajer di sebabkan dh lewat semalam nak masak coz dek kepenatan bershopping.


Jomla layan resepi.


Sayur Petola Campur Udang
Olahan: Art'tien



Bahan

1 btg sayur petola

Secekak suhuun

Cendawan tiram- rendam

5 btg kacang sepat

Sedikit lobak merah-hiris halus memanjang

5 ekor Udang

5 ulas bawang merah - kisar

2 ulas bawang putih - kisar
1 st lada hitam - tumbuk kasar

1/2 kiub ayam

Air secukupnya

2 sudu besar air tepung jagung
Garam secukup rasa



Caranya:

Siang udang dengan membuang kepala dan ekornya. Sementara itu rendamkan cendawan.

Tumiskan bahan kisar hingga garing dan naik baunya. Masukkan air & kiub ayam.

Apabila sudah mendidih masukan cendawan, suhun, sayuran dan udang.

Didikan lagi & masukkan tepung jagung utk melikatkan kuah. Perasakan dengan garam.

Bolehla di hidangkan. Jika suka taburkan sedikit daun bawang & juga daun sup.

Errmmmm..selera jerr klu tgh laporr..hehehe..

Labels: Sayur 0 comments

Apam Mekar

Friday, December 09, 2011 | Publish by Art'tien

Assalamualaikum.

N3 kali nie pasal apam mekar pulak yang mana resepinya sy cedok dr blog Ucubakery. Berkenan sgt dgn apamnya yg mekar tu. Tapi kali nie tak menjadi sgt la pulak. Tak tau mana silapnya apam yg atin buat nie x nak pecah. Frust sgt di buatnya. Tapi still nampak gebuzz. Naper yekk....Bagi sesiapa yang tau puncanya tolongla share kat atin. Cume seingat atin... atin gunakan telur tu dlm keadaan sejuk baru kuar dr peti ais. Tu ker puncanyaa....?????

Okeyla kite layan resepinya. Minta izin yea tuan punya resepi utk atin kopi pes kat cini plakk...



Apam Mekar

Sumber: Ucubakery

Olahan: Art'tien


Bahan-bahan:

250 gm gula

2 biji telur

1 st esen vanilla

300 gm tepung gandum

1 st ovellete

Pewarna (ikut suka)

Acuan kertas sepenuhnya


Cara-caranya:


Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya bungkus penutupnya dgn tuala bersih bagi mengelakkan air dari jatuh ke atas permukaan kuih.

Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.

Masukkan ovellate dan esen vanilla dan pukul lg hingga kembang.

Masukkantepung dan susu berselang seli sambil di pukul hingga gebu.

Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Warnakan ikut masing2.

Masukkan pewarna dlm setiap bahagian dgn kaup balikkan hingga warna sekata.

Masukkan setiap bahagian warna ke dlm piping bag yg berasingan(atau plastik bersih dan potong muncungnya)

Letakkan paper cup ke dlm acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dlm paper cup tersebut.

Kukus selama 10-15 minit. (bergantung pada saiz paper cup).



Labels: Apam 0 comments

Talam Kastard Jagung

Friday, December 09, 2011 | Publish by Art'tien

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Inilah kuih talam yg Atin buat utk sarapan pagi nie. Talam lagiii.....ermm mmg tgh minat nak mencuba resepi talam katakan. Asyik buat talam jerr.... Resepi nie amat mudah sekali dan berasal dari Yatiememories yg sememangnya rajin memasak. Jom kita semak bahan2 utk membuat kuih talam kastard jagung nie..

Talam Kastard Jagung
Sumber: Yatiememories
Olahan :Art'tien

Bahan utk lapisan bawah
11/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung jagung
1 cwn gula
1 cwn jagung krim manis
31/2 swn santan
Sedikit pewarna kuning
Sedikit garam

Cara menyediakan lapisan bawah
Satukan sesemua jenis tepung dalam sebuah mangkuk.
Masukkan sedikit garam. gula & santan.
Gaul sebati dan tapiskan. masukknake dlm periuk dan masak atas api yg perlahan sehungga naik wap.
Masukkan jagung krim dan gaul lagi hingga sebati.
Alaskan loyang dgn plastik dan sapukan dgn sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

Tips;
Setiap 5 minit sy buka penutup kukus dan lap agar airnya tidak bertakung di permukaan kuih.

Bahan lapisan atas
2 cwn santan pekat
1 cwn air pandan (3 helai daun pandan di kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula pasir.(boleh tanbah jika suka manis)
Secubit garam
Pewarna hujau/pandan

Cara menyediakan lapisan atas
Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. gaul sebati. (Atin blend jerkk)
Masukkanadunan de dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil dan sentiasa di kacau.
Cakarkan sedikit permukaan bawah dan tuangkan adunan pandan ke ats lapisan adunan jagung dan kukus selama 20 minit lagi.

Tips:
**Sekiranya terdapat sedikit air pada permukaan kuih, sengetkan loyang dan buang airnya atau lap denga tisu dapur.
**Sejukkan dahulu kuih sebelum dipotong.
**Gunakan pisau plastik utk memotong semua jenis kuih talam agar potongan kuih nampak cantik.

Labels: Kuih Talam 0 comments

Talam Pandan

Friday, December 02, 2011 | Publish by Art'tien


Selamat tengahari semua

Jom layan resepi Talam Pandan nie pulak..


Talam Pandan

Sumber : Yatiemomories

By: D' Art'tien Kitchen



Bahan lapisan bawah

1 cwn tepung beras

1 s/b tepung jagung

1/2 cwn gula (sy tambah 2 sb lg)

2 cwn santan cair + sedikit garam

1 cawan jus pandan + pewarna hijau

1 s/b air kapur


Cara masak


Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci dan kukus sebentar.Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dlm mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.Masak adunan sebentar sehingga naik wap dlm 10 mnt dan kacau sentiasa.
Tuangkan ke dlm loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 20 minit.Sementara itu bolehla sediakan bahan lapisan atas pula.



Bahan lapisan Atas


11/2 cwn tepung beras


4 sudu besar tepung jagung


3 cwn santan sederhana pekat


1 s/k garam



Cara masak


Gaulkan semua bahan lapisan atas dan tapis. Masakkan sekejap adunan ni di atas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul2 dlm masa 10 mnt. Bila aduna lapisan bawah telah masak, cakarkan sedikit dgn garfu dan tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah tadi. Kukus lagi selama 20 minit. Setelah siap, angkat dan sejukkan. Sejukkan betul2 sebelum di potong. Hidangkan.


Tips: Sekiranya terdapat sedikit air di atas lapisan itu, bolehla lapkan sedikit dgn menggunakan tisu dan cakarkan. Potong kuih dgn menggunakan pisau plastik agar potongannya cantik.

Labels: Kuih Talam 0 comments

Moist Chocolate Cupcake

Friday, December 02, 2011 | Publish by Art'tien

Asalamualaikum semua

Terima kasih pada yang sudi menjenguk blog D'Art'tien Kitchen. Hari nie nk update lg n3 masak2. Semalam dok selongkar dapur sue-hasue.blogspot.com terjumpa resepi cup cake nie. Tergerak plk nak mencubanya. Minta izin yea nak kopipes kat blog atin pulak.


Bahan:


100 gm serbuk koko *


180 g gula pasir *


1 tin susu sejat *


200 g minyak masak sayuran *


250 g susu pekat *


4 biji telur - pukul sehingga berbuih


150 g tepung gandum


1 st soda bikarbonat


1 st baking powder




Papercup/kertas cawan secukupnya




Cara:


1. Campurkan bahan bertanda * dan masak dgn api yg perlahan sehinggalah licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai mengelegak.


2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dgn hand whisk. Setelah sebati, tapis adunan kek untuk mendapatkan tekstur kek yg halus dan benar2 sebati.


3. Masukkan adunan separas 2/3 ke acuan cawan. Memandangkan adunan agak cair, adalah mudah untuk menuang adunan menggunakan jug ke dlm paper cup.


4. Bakar selama 20 minit. Atin menggunakan kepanasan 185C bergantung pada oven masing2.


5. Sejukkan dahulu sebelum di hidangkan dgn buttercream atau hiasan pilihan. Enak juga di makan begitu sahaja. Disini Atin taburkan badan cincang sebagai hiasan. Selamat mencuba.

Labels: Kek 0 comments

Mee Hoon Goreng

Thursday, December 01, 2011 | Publish by Art'tien

Selamat malam semua.

Malam nie tak der menu masak yang menarik sgt. Cuma sajer jer nak tayang mee hoom goreng sempoi. Mee nie buat utk anak2 jer coz mlm nie malas nak masak yg berat2. Utk resepinya biase jerla, semua org pun tau masak mee nie. Nanti klu ade masak mee yg special bru Atin update resepinya yeaa...

Huhuhu...tangan comel anak bujang kecik Atin tu dok tengah mencedok mee....Layannnzzzz...........

Labels: Mee 0 comments
« Newer Posts Older Posts »
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Plagiarism Checker

Copyright by D'Art'tien Kitchen. Powered by Blogger.

About

Introduction

Koleksi resepi dari pelbagai sumber telah diadaptasikan sebagai bidang hobi untuk mencuba sesuatu yang baru.

Waktu


About Me

My photo
Art'tien
JB, Johor, Malaysia
Seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata. Suka mencuba resepi & memasak di waktu kelapangan.
View my complete profile

Followers

Cari Resepi

Popular Posts

  • Talam Pandan
  • Kek Coklat Kukus II ~Chef Zubaidah
  • Talam Kastard Jagung

Recent Posts

Geng Dapur

  • Simply Home Kitchen
  • After 6 am
  • Easybakes
  • Dapur Tanpa Sempadan
  • Simply Home Kitchen
  • Sepanjang Jalan Kenangan
  • Izah Muffin Lover
  • Potret Kasih
  • Home Sweet Home
  • My Little Kitchen
  • Sinar Kehidupanku
  • Singgahsana Kitchen
  • Dapurku Sayang
  • Masam Manis

Kongsi Resepi


Jejak Pengunjung

HTML Hit Counter Free Hit Counters

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2012 (30)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ▼  2011 (32)
    • ▼  December (17)
      • Kek Kukus Alwani
      • Daging Masak Prune
      • Nasi Beriani Madu
      • Ayam Goreng Berempah
      • Talam Pandan Kacang Merah & Steamer Trio
      • Ikan Masak Tauchu
      • Roti Sardin Bersalut Bread Crumb
      • Roti Arab
      • Taman Mini..
      • Rojak Tauhu
      • Annual dinner 2011
      • Sayur Petola campur Udang
      • Apam Mekar
      • Talam Kastard Jagung
      • Talam Pandan
      • Moist Chocolate Cupcake
      • Mee Hoon Goreng
    • ►  November (9)
    • ►  September (1)
    • ►  August (5)

Labels

  • Annual Dinner (1)
  • Apam (3)
  • Awards (1)
  • Ayam (2)
  • Cookies (2)
  • Coretan (1)
  • Daging (1)
  • Ikan (4)
  • Juadah puasa (2)
  • Kek (13)
  • Kerabu (1)
  • Kitchen Tool (2)
  • Kuih (4)
  • Kuih Lapis (3)
  • Kuih Talam (7)
  • Lain-lain (1)
  • Laksa (2)
  • Mee (3)
  • Muffin (1)
  • Nasi (2)
  • Pencuci Mulut (2)
  • Puding (2)
  • Rojak (1)
  • Roti (2)
  • Sayur (1)
  • Urap (1)

Musica
















Comment on this video! More videos at Tubely

Facebook Badge

Aart' Tien

Create Your Badge

Ucapan




Make a Lady Bug Note at BlingPixie.com

Aneka Talam

Aneka Talam


Copyright (c) 2010 D' Art'tien Kitchen. Design by Template Lite
Download Blogger Templates And Directory Submission.