skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home

D' Art'tien Kitchen

Citarasa masakan dari pelbagai resepi yang tiada sempadan..

Kek Kukus Alunan Ombak

Wednesday, April 11, 2012 | Publish by Art'tien

Asalamualaikum,

Pagi ini cuaca amat baik sekali di sini. Matahari pun memancar2 nampaknya..bolehla kain2 dijemuran cepat kering. Sementara menunggu kain kering boleh la atin mengambil kesempatan meninjau2 blog yg dah lama tak dijenguk nie. Sebenarnya banyak gambar yg dah di update tapi belum lagi di upload. Jadi N3 kali nie berkenaan kek lagi iaitu kek kukus alunan ombak. Dah lama sangat nak mencuba resepi Kak Dayang nie. Baru kali nie berkesempatan membuatnya ( walaupun sebenarnya dah lama buat cuma tak upload lg..hehehe). Untuk resepi di bawah Atin kopipes jer dr blog Kak Dayang utk di kongsi bersama. Kek2 Kak Dayang mmg senang utk di ikuti. Atin suka sangat membuatnya...



Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus)
Resepi : DaYangJack@DapurKu SaYang


Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )
5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum - ayak
1 sk baking powder
1 sb ovallete
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
10 sb mentega cair (100g)
pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
Secukup serbuk koko

Cara-cara :
Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuklapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.
Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.


Kek ni DJ buat 1/2 adunan dengan menggunakan loyang 6 inci.Bahan2 untuk resepinya adalah mengikut keselesaan dan citarasa sendiri.bahan 1/2 adunan :


1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung semolina
1/2 sudu kecil baking powder
90 g gula kastor
secubit garam
3 biji telur A
6 sudu besar minyak jagung
1/2 sudu besar ovalette
2 sudu besar serikaya
60 ml susu cair
pewarna kuning, pes pandan dan merah jambu
serbuk milo untuk melapis


Cara-cara : sama seperti di atas.

Labels: Kek 0 comments
0 Responses

« Newer Post Older Post »
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Plagiarism Checker

Copyright by D'Art'tien Kitchen. Powered by Blogger.

About

Introduction

Koleksi resepi dari pelbagai sumber telah diadaptasikan sebagai bidang hobi untuk mencuba sesuatu yang baru.

Waktu


About Me

My photo
Art'tien
JB, Johor, Malaysia
Seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata. Suka mencuba resepi & memasak di waktu kelapangan.
View my complete profile

Followers

Cari Resepi

Popular Posts

  • Talam Pandan
  • Kek Coklat Kukus II ~Chef Zubaidah
  • Talam Kastard Jagung

Recent Posts

Geng Dapur

  • Simply Home Kitchen
  • After 6 am
  • Easybakes
  • Dapur Tanpa Sempadan
  • Simply Home Kitchen
  • Sepanjang Jalan Kenangan
  • Izah Muffin Lover
  • Potret Kasih
  • Home Sweet Home
  • My Little Kitchen
  • Sinar Kehidupanku
  • Singgahsana Kitchen
  • Dapurku Sayang
  • Masam Manis

Kongsi Resepi


Jejak Pengunjung

HTML Hit Counter Free Hit Counters

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  April (1)
  • ▼  2012 (30)
    • ▼  April (1)
      • Kek Kukus Alunan Ombak
    • ►  March (4)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2011 (32)
    • ►  December (17)
    • ►  November (9)
    • ►  September (1)
    • ►  August (5)

Labels

  • Annual Dinner (1)
  • Apam (3)
  • Awards (1)
  • Ayam (2)
  • Cookies (2)
  • Coretan (1)
  • Daging (1)
  • Ikan (4)
  • Juadah puasa (2)
  • Kek (13)
  • Kerabu (1)
  • Kitchen Tool (2)
  • Kuih (4)
  • Kuih Lapis (3)
  • Kuih Talam (7)
  • Lain-lain (1)
  • Laksa (2)
  • Mee (3)
  • Muffin (1)
  • Nasi (2)
  • Pencuci Mulut (2)
  • Puding (2)
  • Rojak (1)
  • Roti (2)
  • Sayur (1)
  • Urap (1)

Musica
















Comment on this video! More videos at Tubely

Facebook Badge

Aart' Tien

Create Your Badge

Ucapan




Make a Lady Bug Note at BlingPixie.com

Aneka Talam

Aneka Talam


Copyright (c) 2010 D' Art'tien Kitchen. Design by Template Lite
Download Blogger Templates And Directory Submission.