skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home

D' Art'tien Kitchen

Citarasa masakan dari pelbagai resepi yang tiada sempadan..

Annual Dinner 2011

Wednesday, November 30, 2011 | Publish by Art'tien

Salam Semua.


Malam nie tak der aper nak update n3. Cuma nak share menu2 mase dinner mgu lps. Utk jamu mata jerla kat rakan2 blogger kita.



Boleh dikatakan setiap tahun syarikat kami akan mengadakan Annual Dinner bagi meraikan kemenangan walaupun ekonomi tahun ini agak merundum sedikit tetapi ianya tidak menghalang bagi pihak syarikat utk mengagih2kan keuntungan. Wahhh...seronoknya bila dgr ada Dinner. Ermmm..terbayang tahun nie dpt awards lg. Pejam celik pejam celik dah 20 thn berlalu. Bagai semalam baru menempuhi alam perkerjaan. Terasa ilmu pun belum penuh di dada. Alhamdulillah berkat doa dan kesabaran akhirnya Atin dpt juga bertahan sehingga ke hari ini. Demi menghargai jasa pekerjanya pihak syarikat telah pun memberikan sedikit royalti & sijil penghargaan. Waaa..seronoknya dh terbayang dpt duit terpijak lg. Annual Dinner kali nie berlangsung di Persada Johor Bahru.

Nie sebahagian di antara menu2nya yg sempat di snap. (tak jelas daaaa......)


Utk jamu mata jerkkk....








Semasa naik pentas untuk penyampaian Sijil penghargaan dari Dato' Lee Keng Yee (Owner Syarikat)

Bergambar dgn cenderamata dan sijil untuk kenang-kenangan..Huhuhu...manis sgt kenangan tu. Ada gak org nak hargai kerja kita...

Labels: Awards 0 comments

Puding Cendol Gula Melaka

Wednesday, November 30, 2011 | Publish by Art'tien

Bersua semula kita di alam maya nie. Alhamdulillah akhirnya Atin dapat juga mengemaskini blog yang dah lama sangat tak di jenguk. Cuma hari nie ada kesempatan cikit nak N3 menu puding cendol yang di buat mggu lps. Sementara bos2 tak der kat opis nie...apa lagi ..niela peluang utk atin mengupdate blog. Huhuhu...curik masa jap.
Atin pun tak pandai nak celoteh banyak2 sgt. Apa kata kita layan jer resepinya.


Puding Cendol Gula Melaka

Sumber: Yatiememories@Sinarkehidupan


Lapisan Bawah

500 ml air

180gm gula pasir

300 ml santan pekat

10 gm agar-agar serbuk

500 gm cendol

Sedikit garam


1. Masakkan air, agar-agar dan gula sehingga larut.

2. Masukkan santan dan garam. biarkan mendidih sedikit.

3. Masukkan cendol. kacau sedikit. Angkat. Tuangkan ke dalam acuan yang di sukai.



Lapisan Atas

500 ml air

200 gm gula merah (Atin menggunakan gula melaka + 2 SB gula pasir)

300 ml sanatan pekat

10 gm agar-agar serbuk

1 biji kuning telur

Sedikit garam


1. Masakkan gula merah dengan sedikit air (drpd 500 ml dlm resepi yea) sehinggalah gula hancur. Tapiskan air gula.

2. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar serbuk. Masak hingga mendidih.

3. Pukul kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan ke dalam adunan. masukkan garam. biarkan mendidih sekejap. Padamkan api.


Tips: Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cakarkan permukaanya dengan garfu di serata adunan. Tuangkan aduana lapisan atas perlahan-lahan. Sebaiknya tahan adunan dengan sudu agar adunan jatuh dengan perlahan. Untuk bekas acuan pula basahkan dahulu agar mudah dikeluarkan atau lapikan dengan plastik.


Labels: Puding 0 comments

Digital Scale

Saturday, November 26, 2011 | Publish by Art'tien

Sajer nak tayang scale yang baru beli kat member satu opis. Guna nie memang senang. Tak der masalah lagila lps nie kuih sik tak menjadi di sebabkan sukatan yg tak tepat.
Terima kasih kat Abg Jejan@SimplyHomeKitchen kerna mempromosi scale nie yea. Tq3....

Sekarang tgh intai2 Stemer Trio kat blok Chef Asma tu...Ari2 duk tgk blog dia. Nak dapat kan satu jugakla... sabar2(ckp sendiri).
Tunggu mase je nieee..
Layannnnnnn.........



Labels: Kitchen Tool 0 comments

Kuih Bakar Keledek

Friday, November 25, 2011 | Publish by Art'tien

Salam & selamat malam buat kawan blogger semua. Di harap semua sihat di samping menjalani kehidupaan seharian.Malam nie baru ada kesempatan untuk paparkan N3 yng tertunggak di folder. Dah naik bersawang dahh... banyak lagi lom upload. Kali nie n3 pasal Kuih Bakar Keledek yang atin ambik dari blog Kak Azlita. Kebanyakan presentationnya mmg tiada tandingan. Mmg kreatif dan cantik2 belak. Kengkadang jeles gak..camnerla kak Azlita begitu teliti sekali presentatinya. Kalau Atin asal boleh jerrr...maklumla org berkerja nie masa agak terhad untuk menghias. Lagi pun sebenarnya Atin baru jer berjinak2 ngn wat blog disamping belajar buat kuih, maklumla Atin x pandai masak sblum nie. Dengan adanya CIKGU spt nie bolehla jimat belanja cikit nak belajar mengikuti kelas. tapi klu nak mahir atau yang nak buat busines kne la ikuti kelas2 masak .... barula ade classs gitu.
Isskkk...bnyk celoteh plk mlm nie. Malam pun dh lewat nie.. Jom layan reseepinya.
Terima Kasih buat blogger2 yang share resepi masing2 untuk di kongsi ilmunya..

Kuih Bakar Keledek

Sumber: Azlita@masammanis

Olahan: D'Arttien Kitchen


Bahan-bahan:

4 biji telur

3 cwn santan

2 cwn tepung gandum

1 cwn gula

1/2 sudu kecil garam

1 sudu kecil esen vanilla

2 sudu besar butter

2 cwn keledek ( rebus dan lecek )

Bijan putih & hitam


Cara:

Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, (kalu nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7x7x3) inci. Ketepikan.

Satukan bahan2 di atas kecuali keledek lecek dalm satu bekas, kacau dengan wisk hingga semua bersatu.

Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.

Tuang dalm tin yang telah di siapkan tadi.

Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaanya berkerak tambah masa pembakaran.

Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biarkan sejuk sebelum di keluarkan dari tin.


Semasa dalam pembakaran. ermmm....tgh naik tuu...excited sgt p bukak oven nak tgk dia....



Sedia untuk di nggaaapppp....hhuhu.

Labels: Kuih 0 comments

Mee Udang

Sunday, November 20, 2011 | Publish by Art'tien

Salam semua...
Di harap semuanya ceria selalu di samping keluarga tersayang. Pastinya kita akan menghidangkan juadah hujung minggu dgn makanan yang enak2. Maklumla..hari minggu tulah masanya utk bersama keluarga. Jadi Atin pun korek2 kat peti ais tu jumpala mee ngan udang. Teringat plk jumpa resepi mee udang ni kat tenet. Tapi tak ingat siapa punya resepi. Coz ritu salin jer resepinya. Apa pun kita layan resepinya yea...

Bahan-bahan: (3-3 org)


  • 1 kg mee kuning

  • 300 gm udang saiz L

  • 4 sb lada kisar

  • 4 ulas bwg merah*

  • 3 ulas bwg putih*

  • 1 sudu besar udang kering*

  • 1/2 inci halia

  • 1 sb petis (Atin guna belacab bakar)

  • 3 sb sos tomato

  • 1 sb soso cili

  • Keledek atau kentang yg telaah direbus dan di lenyek (utk pekatkan kuah)

  • Gula & garam

  • Taugeh & sawi

  • daun bawang & bawang goreng

  • Kiub ayam (Atin tambah)

  • Tauhu goreng

Cara:



  • Rebus udang sekejap. Jangan terlalu lama. Keluarkan udang dan asingkan air rebusanya untuk digunakan semula.

  • Tumis lada kisar hingga garing. Kisar bahan bertanda *. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga gaaring dan naik baunya.

  • Masukkan air rebusan udang tadi dan kiub ayam. Biarkan kuah mendidih. Masukkan pula sos tomato, sos cili & belacan bakar. Renihkan kuah lagi.

  • masukkan garam & gula bergantung pada citarasa masing2. Agak lebih baik kiranya kuah di masaak lama sedikit. lagi lama lagi sedap.

  • Masukkan keledek atau kentang lenyek utk memekatkan kuah.

  • Akhir sekali celur mee, taugeh & sawi. Masukkan udang yg telah di rebus tadi dan tuangkan ke atas mee serta taburkan daun bawang dan bwg goreng.

  • Susunkan tauhu goreng tadi dan bolehla di hidangkan.

Labels: Mee 0 comments

Sup Kepala Ikan Merah

Friday, November 18, 2011 | Publish by Art'tien

Salam sejahtera dan salam hari Jumaat. Pejam celik pejam celik dahh sampai penghujung minggu. Mula la kepala nie pening nak memikirkan apa menu hujung minggu nie utk di hidangkan bersama keluarga. Yang pasti sarapan pagi kena ada 2 jenis menu. Satu berasakan sarapan berat dan yang satu lagi ringan. Ini kerana anak atin yang sulung suka sarapan spt mee atau nasi lemak dan yg no dua plk suka sarapan kuih-muih. Tu yang pening tu..bila buat kuih yang sulung tak makan, bila buat yang berat yang kedua plk tak makan. Pening peninggg.....

Ermm...berbalik kpd cerita kali nie, hari nie atin nak tayang Sup ikan merah. Atin memilih kepalanya untuk di buat sup. Memandangkan cuaca skrg nie dh mula hujan, sedap jugak hirup sup nie. Sememangnya menu berasaskan sup nie memang menjadi kegemaran atin. Jom layan resepinya.

Sup Kepala Ikan merah
Sumber: Atin@D'Art'tien Kitchen

Bahan-bahan.
6 keping ikan merah - (Atin guna kepala ikan merah + 3 kpg ikan)
1 btg lobak merah - dikupas kulit dan potong ikut suka
1 biji kentang - belah 4
Rempah sup / pati ayam - (Atin guna pati ayam)
1 biji tomato - belah 2 - (Atin tak letak pun coz xder masa tu)
Rempah 4 sekawan
4 cawan air
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Sedikit daun sup
Sedikit bawang goreng
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar.
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu mkn serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 inci kunyit hidup
1 inci halia - di ketuk

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dlm periuk. Masukkan rempah 4 sekawan dan bahan yg telah di kisar. Tumis hgga naik bau.
2. Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.
3. Masukkan air, lobak merah dan kentang. Apabila ia hampir setengah masak masukkan pula ikan merah.
4. Bila kuah telah mendidih dan ikan telah masak, masukkan tomato. padamkan api. 5. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Sedia untuk di hidang.

Selamat mencuba.

Labels: Ikan 0 comments

Kuih Lapis Kacang Merah

Tuesday, November 15, 2011 | Publish by Art'tien

Salam & selamat pagi semua. N3 kali nie pasal kuih lagi. Sebenarnya kuih ni saya buat mggu lps cuma tak sempat nak mengedit & menguplodkan. So kali ni ada cikit kesempatan maka terpaparla sudah pic2 yang saya ambik ritu. Jom layan resepinya di bawah.


Kuih Lapis Kacang Merah
Sumber: http\\mamawandiha.blogspot.com
Bahan:
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
200 ml santan
Sedikit garam
3/4 Cwn gula-sya gunakan 1/2 cwn saja kerna pes kacang dah manis. (sy pun)
400 gm pes kacang merah
Pewarna merah dan kuning
1 cwn air panas untuk larutkan gula
3 cwn air biasa

Cara:
-Larutkan gula dengan 1 cwn air panas. Masukkan santan dan 3 cwn air.
-Masukkan tepung dan kacau hingga sebati. tapis adunan utk hilangkan bintil2 yg tidak larut.-Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Pertama, warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna merah. yang kedua ditambah dgn pes kacang merah dan dikacau hingga sebati. dan yang ketiga warnakan dgn 1/4 sudu teh pewarna kuning.
-Panaskan periuk pengukus. Sapukan loyang dgn minyak supaya kuih tidak melekat pd loyang nti. Masukkan setengah adunan warna merah ke dlm loyang dan kukus selama 5 minit.
-Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah drpd adunan yang telah dicampur pes kacang merah. Kukus 5 minit lg dan buka penutup utk di lap wap air.
-Masukkan setengah adunan daripada adunan warna kuning. Kukus 5 minit. Ulangi langkah di atas utk lapisan pes kacang merah, kuning dan akhir sekali merah. Setelah selesai semua lapisan, kukuskan lg selama 30 minit.
-Tunggu hingga betul2 sejuk barulah dipotong.

Nota: Saya hanya membuat 2 aduna berwarna sahaja. 1 adunan berwarna kuning dan 1 adunan lg saya campurkan dgn pes kacang merah & sedikit pewarna merah. Saya menggunakan loyang bulat berukuran 8".

Selamat mencuba.

Labels: Kuih Lapis 0 comments

Kek Strawberry Marble

Tuesday, November 15, 2011 | Publish by Art'tien

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan resepi kek strawberry marble yang saya buat semalam. Kek nie dibuat atas permintaan anak saya. Kek ni mmg sedap rasanya & agak mudah untuk di buat. Amat sesuai di jadikan hidangan mkn petang bersama keluarga dan hidangan kenduri.

Okeyla... kita semak resepinya. Terima kasih pada kak azlita@masammanis kerana telah berkongsi resepi kek yang mudah dan sedap ini.


2 cwn selfrising flour
2 biji telur
1 cwn gula kastor
2 sudu besar susu pekat
1 cwn majerin - (atin guna butter)
1 sudu besar strawberry emulco
1 sudu besar choc emulco

Pukul majerin & gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.
Pukul lagi hingga kembang dan sekata. Masukkan pula tepung dan kacau rata.
Tuangkan susu pekat dan kacau.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Tuangkan strawberry emulco ke bahagian yang pertama & kacau sekata.
Masukkan choc emulco ke dalam adunan yang satu lagi.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg bergris dan marblekan dia.
Bakar pada suhu 175C mengikut kepanasan oven masing2 selama 30 min atau hingga masak.

Nota: Adunan untuk kek ini tidak banyak dan keknya tidak terlalu besar. Amat sesuai menggunakan loyang bersaiz 8". Di sini atin menggunakan loyang yang bulat dan bercorak. Tu yg nampak kek tu agak rendah..

Labels: Kek 0 comments

Kuih Talam Keladi

Sunday, November 13, 2011 | Publish by Art'tien

Assalamualaikum.

Bertemu kembali setelah sekian lama tidak bersiaran. Bukan apa..cuma kebelakangan nie malas sangat nak menaaip & menggarang N3. Maklumla...kerja2 mengedit nie perlukan ketenangan. barula menjadi kan?? Kali nie Atin nak kongsi cikit tentang satu resepi kuih Talam Keladi. Keladi nie Atin ambik dari kampung kat Muar. Jadi akak pun mulakan operasi.. Kuih nie di buat untuk sarapan pagi semalam. Baru rini sempat nak N3. Jom layan resepi di bawah.

Kuih Talam Keladi

Bahan: Lapisan Bawah
220 gm tepung beras (atin guna 2 cawan)
40 gm tepung ubi (Atin guna 3 sudu besar)
11/2 sudu kecil garam
5 sudu besar gula pasir (klu nak manis blh tambah cikit)
300 ml santan pekat
700 ml air
250 gm keladi - buang kulit, basuh dgn air garam supaya tidk hitam. Potong kiub & kukus dalam 5 minit barula timbang.


Cara:


Bancuh semua bahan hingga rata dan sebati. Tapis kedalam periuk. Masak hingga naik wap dan masukkan keladi yang telah di kukus.


Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10"x10"x3". Kukus selama 25 minit.



Bahan: Lapisan Atas


150-180 gm tepung gandum (Atin guna 11/2 cwn)


250 gm gula halus


3-5 biji telur (Atin gun 2 iji telur gred double A je)


250 ml santan


500 ml air


Perisa keladi (Nie Atin tambah)


Sedikit pewarnaa purpule



Cara:


Bancuh semua bahan-bahan di atas, tapis ke dalam periuk. Masak sehinggaa naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah.


Kukus selama 30 minit. Balut penutup dengan tuala bersih agar air tidak menitik ke permukaan kuih.


Bila masak sejukkan dan potong menggunakan pisau plastik agar potongan cantik.

Labels: Kuih Talam 0 comments
« Newer Posts Older Posts »
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Protected by Copyscape Plagiarism Checker

Copyright by D'Art'tien Kitchen. Powered by Blogger.

About

Introduction

Koleksi resepi dari pelbagai sumber telah diadaptasikan sebagai bidang hobi untuk mencuba sesuatu yang baru.

Waktu


About Me

My photo
Art'tien
JB, Johor, Malaysia
Seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata. Suka mencuba resepi & memasak di waktu kelapangan.
View my complete profile

Followers

Cari Resepi

Popular Posts

  • Talam Pandan
  • Kek Coklat Kukus II ~Chef Zubaidah
  • Talam Kastard Jagung

Recent Posts

Geng Dapur

  • Simply Home Kitchen
  • After 6 am
  • Easybakes
  • Dapur Tanpa Sempadan
  • Simply Home Kitchen
  • Sepanjang Jalan Kenangan
  • Izah Muffin Lover
  • Potret Kasih
  • Home Sweet Home
  • My Little Kitchen
  • Sinar Kehidupanku
  • Singgahsana Kitchen
  • Dapurku Sayang
  • Masam Manis

Kongsi Resepi


Jejak Pengunjung

HTML Hit Counter Free Hit Counters

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  April (1)
  • ►  2012 (30)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ▼  2011 (32)
    • ►  December (17)
    • ▼  November (9)
      • Annual Dinner 2011
      • Puding Cendol Gula Melaka
      • Digital Scale
      • Kuih Bakar Keledek
      • Mee Udang
      • Sup Kepala Ikan Merah
      • Kuih Lapis Kacang Merah
      • Kek Strawberry Marble
      • Kuih Talam Keladi
    • ►  September (1)
    • ►  August (5)

Labels

  • Annual Dinner (1)
  • Apam (3)
  • Awards (1)
  • Ayam (2)
  • Cookies (2)
  • Coretan (1)
  • Daging (1)
  • Ikan (4)
  • Juadah puasa (2)
  • Kek (13)
  • Kerabu (1)
  • Kitchen Tool (2)
  • Kuih (4)
  • Kuih Lapis (3)
  • Kuih Talam (7)
  • Lain-lain (1)
  • Laksa (2)
  • Mee (3)
  • Muffin (1)
  • Nasi (2)
  • Pencuci Mulut (2)
  • Puding (2)
  • Rojak (1)
  • Roti (2)
  • Sayur (1)
  • Urap (1)

Musica
















Comment on this video! More videos at Tubely

Facebook Badge

Aart' Tien

Create Your Badge

Ucapan




Make a Lady Bug Note at BlingPixie.com

Aneka Talam

Aneka Talam


Copyright (c) 2010 D' Art'tien Kitchen. Design by Template Lite
Download Blogger Templates And Directory Submission.